"Aku masih mencari Dia, dalam pencarian diriku,
Aku mahu mengenali Dia, dalam manifestasi cintaku.
Aku paksikan rindukan Dia, sebagai bukti Dia syurgaku.
Pada Dia Yang Satu, hidupku matiku hanya untukMu".
-LayyinulQalbie-

Saturday, January 1, 2011

TERLALU MEMIKIRKAN BAITUL MUSLIM, MELEMBIKKAN KITA?






Jom diskusi bersama saya, di KOMUNITI ILUVISLAM mengenai TERLALU MEMIKIRKAN BAITUL MUSLIM, MELEMBIKKAN KITA?

Benarkah?
salam alayk...jujur, saya tertarik untuk membincangkan hal ini, terutama sejak membacanya di Langit Illahi:

Perkongsian: Muslimah lembik sebab fikir Baitul Muslim?
"Ada yang mengemukakan kepada saya, pandangan bahawa ada yang menyatakan yang Muslimah pada zaman ini lembik kerana hanya tahu memikirkan Baitul Muslim. Dinyatakan bahawa, mereka ini hanya tahu membincangkan Baitul Muslim, tetapi tidak tahu membincangkan perjuangan ummah. Sebab itu mereka ini lembik.

Hem. Saya tertawa juga sebenarnya bila orang kemukakan begitu kepada saya.

Lembik, sebab fikir Baitul Muslim?

Tetapi apabila saya fikir-fikir kembali, baiklah, saya dapat. Ada kebenarannya dalam pandangan itu. Tinggal, pada saya, memanah pandangan itu secara umum sedemikian rupa adalah tidak kena sebenarnya. Sebab Baitul Muslim sebenarnya adalah isu yang amat penting di dalam pembinaan Daulah Islamiyyah, dan merupakan antara wasilah terpenting dalam memastikan kelansungan tarbiyah dalam kehidupan insan."..Hilal Asyraf



baca selanjutnya di LANGIT ILAHI: klik-> Perkongsian: Muslimah lembik sebab fikir Baitul Muslim?

saya harap anda membacanya sehingga habis, sebelum anda menyimpulkan konklusi. Ini bukanlah soal gender sebenarnya yang ingin diketengahkan, ia adalah soal bagaimana anda memahami konsep baitul muslim yang sepatutnya kita fahami.
Ya, saya akui sejak akhir-akhir saya kerap terbaca/ based on perbualan di kalangan muslimah, pemikiran selalunya terhad kepada :
-pencarian jodoh secara mengikut syarak
-solat iskharah dalam pemilihan
-menjadi pasangan yang baik,
-etc
(yang ini sudah kira bagus...alhamdulillah)
tapi,
ada additional values yang kita lupa untuk fikirkan,
-bahawa BAITUL MUSLIM itu asas terbinanya Islam sebagai daulah atau institusi yang menjadikan Islam itu rujukan alam.
Individu muslim - >rumah tangga muslim(Baitul Muslim) ->masyarakat muslim -> kerajaan muslim - >khilafah islam - empayar islam - > Islam sebagai ustaziatul alam
bermakna, baitul muslim itu tidak terhad kepada gerbang perkahwinan semata-mata.. ia adalah suatu perjalanan yang menuntut kita 'mencambahkan' benih-benih Islam ke dalam masyarakat, seterusnya menjadikan Islam sebagai institusi rujukan alam.

Hal ini saya simpulkan ya, ada benarnya. tapi mungkin segelintir saja ya?. Ya, terlalu memikirkan "dalam erti kata memikirkan dengan konsep salah' menjadikan kita 'lembik' ... sekiranya kita kita terlupa perjuangan ummah yang perlu diimplementasikan, demi menegakkan Islam sebagai yang terunggul..

Apa yang ingin saya ketengahkan, segelintir kita, terlalu memikirkan soal jodoh,.. sehingga terlupa bahawa kita, syabab dan fatayat penyambung rantai perjuangan ummat.. kita terlupa bahawa tanggungjawab' menggemilangkan' Islam terletak di punduk kita, yang harus kita gemilangkan kembali 'Abbasiyah' yg lenyap, melalui ilmu, kepakaran, kepimpinan,kerohanian, etc...
Jujur, saya bukanlah orang yang pandai dalam membicarakan tentang ini... sekadar cetusan dari minda... dan apa pula kata anda?  


17 comments:

HaDi said...

Salam...

Cetusan idea yang menarik...
Perkara yg makin hangat diperkatakan apabila memasuki usia yg menjangkau keremajaan dlm melengkapkan satu hati menjadi dua...

Tiada apa yg sy dpt tuturkan disini untuk perkongsian...tetapi saya sgt setuju bahawa baitul muslim adalah tapak bg binaan 'daulah islamiyyahh'...

layyinul qalbie said...

wmslm...
sebenarnya tidak salah memikirkan, itu fitrah yg tidak sama sekali kita boleh buang, cuma haruslah diseimbang dengan berhikmah,harus mengikut matlamat utama..
kadangkala, baru saya sedar content cerpen2 saya juga.. tidak mengupas soal baitul muslim dalam erti kata yg sebenarnya, yang seharus kita sama-sama harus fahami.. mungkin penulisan cerpen penambahbaikan dr sudut ini.
btw encik hadi, thanks, jazakallu khair atas respon terhadap isu yg ditulis oleh org yg sikit ilmunya macam saya ni.

HaDi said...

Emm,,,
Pggil sy hadi saje ckup la ye...
Sy rasa janggal dgn penambahan encik,tuan dan seangkatan dgn nya di hadapan nama sy...
jazakallah...

layyinul qalbie said...

sebab encik..er, akh hadi dah keje..sy dh biase pggil org2 keje encik..saye student lagi..ngee

HaDi said...

Baru je pun keje...
rase mcm x keje lg...
lgpn belum kawen...
klo dah kawen,mgkin blh kot dipertimbangkan..hue~

layyinul qalbie said...

erti kata lain..masih mude lg la ni...anyway, encik is applicable for married or single person pn kn.. it isn't same for ladies, cik/puan ..
whatever pn sy hormat coz ilmu, apa salahnya... xsuke takpe..

layyinul qalbie said...

salam. to akh hadi, hmm..keje kt kl kn? hmm..kwn sy sorg dh nk graduate, tgh cr tmpt keje area kl atau johor... dia ambil civil engineering, ada x tempat hadi?? dia suruh saya tanya2 kawan..saya pun xde sgt kwn engineering2 ni kt kl..manelah tahu ada rezeki dia,..oh ya, dia dr utm sama mcm hadi

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

Assalamualaikum..

Perkongsian hati yg begitu mndalam mksudnye...
Terbit bbrpa pgjaran darinya..:-)

layyinul qalbie said...

waalaikummusalam.. azlen,syukran berkunjung ke 'heart chamber' saya.. =), sedikit cume ilmunya yg mendiami hati ni...
harap kita tergolong dalam golongan yang yg bukan sahaja tahu bercakap, tapi juga mengerjakan dlm erti istiqamah..
mudah2an tidak trgolong dari sebagaimana disebut Quran, Assaff, ayat 2-3
wahai org2 beriman mengapa kamu mengatakan sesuatu yg kamu tidak kerjakan?
Itu sgtlah dibenci oleh Allah, jika kamu mengatakan apa yg kamu tidak kerjakan..
InsyaAllah, kita sama2 usaha ok

HaDi said...

Salam...

Maaf lama tidak menjenguk disini atas kesuntukkan masa...
Saya dan berpindah ke Perlis,,bukan bekerja di KL lagi...
Sy keje ngn UEM,,ada byk cawangan..kt Johor cawangan dia Nusajaya...Mungkin boleh apply di web UEM...klo dpt akan diletakkan selama 6 bulan untuk tempoh percubaan...

layyinul qalbie said...

wmslm. tak mengapa hadi.. tak jenguk pun tak ape.. xde apa istimewa.saya pun jarang buka, tak menulis.. sgt sibuk lately.. kalau nak mengasah minda brkarya pun suka share di forum komuniti ILI.. tak sempat skrg nak menulis di blog sendiri.. thanks utk info, akan sy bgtau pada kwn sy. thanks 4 dropping by...wassalam

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum..

trima kasih ats peringatn trsbt..
smA2 kita usahakan..:-)

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik.

Pada saya, benar, memikirkan soal baitul Muslim penting utk ke marhalah ke seterusnya. Namun ia bukan segala-galanya.

Berapa ramai yang ttp gugur selepas terbina baitul muslim tersebut dgn pelbagai alasan wlpn pasangan itu sama fikrah.

Usah terlalu memikirkannya. berusahalah, selebihnya serah pada Allah.

Wallahu a'lam

layyinul qalbie said...

sama2 nor azlen... mohon teguran juga buat sy..

layyinul qalbie said...

wmslm... cikgu, terima kasih berkunjung dn memberi komen di atas pengisian tidak seberapa ini.
mohon cikgu jelaskn pernyataan cikgu ttg
"Berapa ramai yang ttp gugur selepas terbina baitul muslim tersebut dgn pelbagai alasan wlpn pasangan itu sama fikrah."..
sebab sy mcm kurg jelas ttgnya

Al - Mu'allim said...

saya harap saudari tidak terlalu mengambil serius terhadap apa yang saya katakan itu.

saya bersetuju bahawa apabila diperkatakan tentang baitul muslim, ramai yang memandangnya sebagai cari jodoh.

Adapun tentang pernyataan saya di atas, mksud sy terlalu pemikirkan soal baitul muslim (baca: jodoh) tidak semesti akan beralih ke marhalah seterusnya. bahkan ia hanya terhenti setakat baitul muslim itu sendiri selepas mereka berjaya membinanya.

Pandangan saya hanyalah bersifat peribadi saja berdasarkan pemerhatian sy. SUDAH PASTI tidak semua tetapi tidak boleh dinafikan kewujudannya.

wallahu a'lam.

layyinul qalbie said...

benar...
sekrang sy mula faham ttg penting rupanya perkahwinan dgn org sefikrah dgn kita.. supaya dia dn kita sama2 faham akan tentg ini... dan dgn harapan dpt bina baitul muslim contoh pd org lain, dn juga dpt meneruskan gerakan dakwah walau slps berkahwin... insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITA SEHATi

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes