"Aku masih mencari Dia, dalam pencarian diriku,
Aku mahu mengenali Dia, dalam manifestasi cintaku.
Aku paksikan rindukan Dia, sebagai bukti Dia syurgaku.
Pada Dia Yang Satu, hidupku matiku hanya untukMu".
-LayyinulQalbie-

Monday, June 25, 2012

Agama: Yang Luas, Jangan Disempitkan

Bismillah.

Lama sudah saya memencilkan diri dari dunia blogging kerana 'bertapa' secara fokus saat tahun akhir pengajian saya. Alhamdulillah, fasa pengajian saya berakhir dengan baik, dan segalanya hampir selesai. Yang menanti kini alam pekerjaan yang menjanjikan penuh cabaran.

Telah lama saya simpan niat untuk menulis lagi, namun,hampir sebulan saya 'honeymoon' di rumah, saya bagaikan tidak tahu bagaimana hendak memulakan penulisan. Ada saja di kalangan rakan blogger yang bertanya, bila nak menulis, namun fikiran saya bagaikan kebuntuan. Saya hanya menunggu keinginan hati yang kuat untuk berkongsi, bukan kerana sesiapa.

Sebulan di rumah, rutin seharian saya sudah pastinya hampir 100% berbeza berbanding zaman belajar dahulu. Ibarat surirumah sepenuh masa, housework la pengisi masa saya di samping mengajar tusyen sepupu,dan membaca buku ilmiah nonmedic yang sekian lama saya 'pause'kan kerana persediaan final exam. Di kesempatan kelapangan waktu ini, saya fokuskan kepada kelas memasak bersama emak. Hampir penuh juga buku tulis saya muatkan resepi-resepi keagungan sajian keluarga kami. Maklum sahaja, saya jarang sekali menjenguk dapur kerana belajar, dan sebab tu banyak sekali saya lupa yang mak ajar...ngee..^.^ . Sebab itu pepatah Inggeris menyebut 'Practice Makes Perfect', kalau tak practice, jangan haraplah ingat pandai masak. Tapi, realitinya jangan risau ye sahabiah,seorang rakan naqibah saya, juga merupakan seorang doktor pernah memberitahu,

"Once you have your own kitchen, you gradually learn how to cook;)"

Apatah lagi zaman kecanggihan teknologi yang segalanya di hujung jari kini.Taip saja apa resepinya, tup tup terus menjelma di skrin komputer mahupun smartphone. Tinggal saja kemahuan, dan rajin atau tidak.

Di sebelah malam, tiadalah sangat aktiviti melainkan saya hanya mengikut mak ayah ke surau, sehinggalah waktu Isyak. Untungnya, saya memiliki ibu ayah yang ke surau selalu, secara automatik, hati saya tidak dibiarkan lalai dengan pengisian kuliah-kuliah di surau. Kebiasaan saya di kolej,di hujung minggu terutamanya, saya dan teman-teman saya yang solehah tuh;) ke majlis- majlis ilmu berdekatan. Itu barangkali antara faktor saya kurang lalai di kolej. Namun di rumah seringkali saya tertewas, hatta untuk 2 rakaat solat dhuha sahaja cukup berat untuk dilaksana..haih.. +_+

Surau di kampung saya yang terletak di pedalaman tidaklah seperti di bandar-bandar seperti di kawasan Gombak, Ampang di mana pemuda-pemudi masih lagi kelihatan batang hidungnya. Di kampung ini, 100% golongan veteran pengunjung setia surau/masjid walaupun masih ramai remaja muda-mudi di kampung kecil ini. Sedih kan...saya tiada kawan..tapi takpe, makcik-makcik pun kira kawan la kan.. ^.^

Selalunya saya hanya menurut emak, mengenakan telekung ke surau. Namun, suatu hari, entah mengapa saya memilih untuk memakai jubah bersama tudung bulat sepertimana kebiasaan saya di kolej. Jubah berbelang cotton ungu bersama tudung labuh ungu gelap menjadi pilihan saya pada malam itu. Keluarnya saya dari rumah, nenek yang juga pergi bersama kami, menegur saya

"Tak pergi surau ke malam ni? 'Cuti' ke? "

Saya terpinga-pinga disoal begitu, lantas menjawab tanpa banyak soal.

"Pergi".

"Ingatkan adik nak duduk dengan atuk tadi," nenek menyambung kembali. Atuk saya memang tidak ke surau kerana mengalami semput yng teruk.

Fahamlah saya apa yang tidak dimengertikan oleh nenek.Saya hanya tersenyum sambil tergesa-gesa menyarungkan stoking sebelum masuk dalam perut kereta.

Sesampainya di surau, azan berkumandang dan rata-rata pengunjung menunaikan solat sunat, seterusnya bersedia untuksolat maghrib berjemaah. Semasa berdiri membetulkan saf, seorang makcik menegur saya,

"Dik, nampak dagu," Saya hanya melemparkan senyuman, dan membalas ringkas.

"Maaf ye makcik, saya mengambil pendapat dagu bukan aurat. Nanti saya jelaskan,"

Takbir imam solat, menghentikan perbualan kami untuk terus fokus menghadap Tuhan.

Usai salam, dan zikir selepas solat, saya merapatkan diri dengan makcik itu. Sebelum mula bicara, 'rapport' harus terbina dengan baik dahulu. Communication skill dalam medic yang saya pelajari semasa berinteraksi dengan pesakit saya praktikkan!

"Makcik datang dengan sapa tadi,?" ~(walaupun saya nampak tadi makcik datang dengan motor dengan suami makcik~^.^',huu..)

"Makcik slalu datang dengan pakcik je, kalau pakcik tak bawak tak sampai la makcik ke sini,"

"Rajin makcik datang walaupun makcik nampak tak berapa nak sihat," sambung saya lagi.

"Mati pun tak lama dah, masa yang ada ni la nak buat ibadah,". saya hanya tersenyum mendengar kagum dengan semangat makcik ni.

"Nak, makcik nak tanye.. tak pe tak pakai telekung masa solat ye?". Sama seperti nenek saya, makcik ini berasa pelik kerana saya tidak mengenakan telekung.

******************************************^.^ ************************************

Telekung bukan pakaian wajib solat

Persoalan ini antara soalan biasa ditanya kepada saya, bukan sahaja dari makcik di kampung sahaja, makcik di bandar, hatta anak-anak muda seperti saya.

Pemahaman telekung adalah pakaian wajib solat, serta merta telah menyempitkan Islam sebagai agama yang meluas skopnya, seperti diwarwarkan "Islam is the way of life".

Sebagai seorang pelajar medic, saya menyaksikan sendiri di hospital apabila menawarkan diri kepada beberapa makcik untuk membantu mengambil wudhuk. Alasan ketiadaan telekung antara punca solat ditinggalkan di kalangan pesakit wanita, selain alasan sakit itu sendiri.

atau jawapan yang lain..

"Takpelah nak, nanti makcik balik..makcik qada' la solat ni,"

Cuba kalian bayangkan sekiranya makcik tu berada di hospital selama seminggu.. laratkah nak digantikan 35 waktu solat?

Saya tidak menafikan antara sebab lain kurangnya ilmu tentang ruksah solat ketika sakit, dan cara mengambil wudhuk antara punca rata-rata pesakit di hospital meninggalkan solat. Dan... berapa ramai doktor dan jururawat yang bergelar Muslim betul-betul mengambil berat tentang ibadat pesakit? Sepanjang perjalanan saya sebagai student, cuma sekali saya melihat doktor care tentang ibadat pesakit..itu pun senior saya!

Saya cuma tenang tidak mempersalahkan pesakit yang berumur agak sebaya dengan ibu saya itu.

"Makcik, Islam tu mudah makcik, di mana syariat memberi rukhsah, atau kemudahan ketika sakit, nanti saya ajarkan pada makcik cara solat ketika sakit. Makcik cakap takde telekung kan, nanti makcik suruh anak makcik bawakan untuk keselesaan solat makcik. Tapi,buat sementara waktu ni, takde telekung pun takpe.makcik pakai je tudung makcik, atau boleh juga tutup dengan selimut yang bersih kan... asalkan bersih dan menutup aurat, memenuhi tuntutan syarat sahnya,"

"Makcik bukan sengaja nak tinggalkan, cuma makcik ingat bila makcik sembuh nanti, makcik nak qada la,"makcik itu kembali menegaskan.

"Makcik, seharusnya semasa sakitlah kita ingat pada Allah, sebab bukan doktor yang menyembuhkan... tapi Allah. Allahlah yang mengizinkan seseorang sembuh, bukannya doktor. Doktor cuma berusaha merawat. Sekiranya kita lupa pada Allah saat begini, bagaimana mungkin Allah memberi kesembuhan,"

Makcik yang comel itu akhirnya bersetuju untuk solat..Alhamdulillah. ^.^


Bukan salah telekung..

Pernah satu ketika, ketika saya pulang ke kampung halaman menaiki bas, saya duduk di tepi seorang kakak yang cantik yang berseluar jeans, dan berbaju comel. Saya mengambil tiket perjalanan di sebelah siang, bertolak puku 9 pagi, bererti sampai lebih kurang 5 atau 6 petang. Selalunya bas akan berhenti seketika di hentian rehat, namun pada hari itu saya tidak tahu kenapa bas tersebut berhenti di perkarangan masjid. Waktu sudah pun menunjukkan masuknya waktu zuhur, dan saya bersiap sedia untuk turun.

Saya mempelawa kakak cantik.. " Jom akak, pegi solat... ke akak 'cuti'?,"

"Takpela dik, akak terlupa bawa telekung, akak qada solat nanti balik la. Lagipun, akak tak suka pakai telekung masjid, busuk.." Jujur jawapan akak tu pada saya. Sekurang-kurangnya dia tidak menipu saya dengan memberi alasan 'cuti'.

Saya masih ingat kata-kata seorang ustaz, berapa ramai wanita tiba-tiba 'bercuti' ketika bermusafir dalam satu pengalamannya menaiki bas. Saya hampir lupa antara kemungkinan alasannya, tetapi antara yang mungkin adalah sukarnya menanggalkan dan menyapu kembali make up. Wallahu'alam.. saya hanya memetik katanya.

Saya masih memikirkan idea untuk mengajaknya solat. Hurm..hendak diberi telekung saya pula, saya memang tak pernah bawa telekung bila bermusafir. Cukuplah dengan jubah dan tudung yang ada, itulah telekung saya ^.^ semenjak saya berjilbab besar. Tapi, camne ye nak ajak kakak cantik ni...

"Akak, ada baju kurung tak dalam beg akak? Kalau tak, pakai baju kurung pun boleh kak,"

"Takpe la dik, adik pegi la...akak lebih selesa pakai telekung", jawapannya hambar dan wajahnya dipalingkan ke arah tingkap,menyebabkan saya berhenti bertanya dan berlalu meninggalkan dia. Dia melihat saya seolah memaksanya.Mungkin. Dalam hati ketika itu cuma satu "Maafkan saya kakak cantik..saya cuma nak ajak akak solat mengikut waktu. Ya Allah, berilah hidayah kepada kakak cantik, sesungguhnya dia tak tahu," T_T.

**********************************************************************************

Pengalaman mengajar saya tentang bagaimana pemikiran kita hanya sempit kepada pemakaian telekung untuk solat, sedangkan bukanlah termaktub dalam syarat sah bahawa:

-Hendaklah memakai telekung.

sebaliknya...

Menutup aurat itulah yang dikehendaki syarak.

Makcik itu mengangguk-angguk tanda faham apa yang cuba saya sampaikan.

"Makcik tau kenapa perlaksanaannya sukar bagi sesetengah orang?,"

"Sebab kita membezakan aurat semasa solat, yakni di hadapan Allah, dan aurat di luar solat, yakni semasa kita di tempat awam terutamanya,"

"Kita hanya memikirkan untuk menutup aurat ketika di hadapan Allah, yakni masa solat.. tapi bila kita di tempat awam kita terlupa tentang aurat dengan ajnabi, yang juga merupakan perintah Allah,"

Sebab itu pada saya, perintah Allah untuk menutup aurat menyenangkan kerana apabila panggilan untuk solat berkumandang, saya bersedia dengan pakaian yang bersih dipakai. Yang tinggal, saya selalunya hanya membawa sepasang stoking sebagai ganti untuk solat. Itu sahaja, sebab itu saya kata syariatNya memudahkan, bukan menyusahkan.

"Oh ya, tentang hal menutup dagu ketika solat,saya mengambil pendapat di mana dagu itu sebahagian dari muka, dan muka adalah bukan aurat sebagaimana pendapat banyak ulama. Oleh sebab itu, saya tidak menutupnya. Begitu juga dalam hal belakang tapak tangan. Dalil menyebut tentang seluruh anggota badan wanita itu aurat kecuali wajah dan tapak tangan..mengikut penterjemahan sebenar dari bahasa Arab, tapak tangan sebenarnya mencakupi kedua-duanya depan(telapak tangan) dan belakangnya.

Pada saya, Islam agama sangat praktikal. Aurat dihadapan Allah (solat) sama sahaja di hadapan ajnabi. Jadi, sama ada ketika solat atau diluar solat, bahagian anggota badan yang dikatakan aurat, yang perlu ditutup sama sahaja bagi saya. Di luar solat, saya tidak menutup dagu..pun begitu di dalam solat. Namun begitu, saya menghormati sahabat yang menutup dagu. Ada sahaja sahabat saya yang memakai kekek(penutup dagu) di dalam solat mahupun di tempat awam, kerana beliau yakini sedemikian. Itulah namanya keluasan di dalam Islam, di mana kita seharusnya menghormati apa yang diyakini oleh orang lain, selagi ianya tidak bercanggah dengan Al Quran dan assunnah. Walau apapun makcik, saya bukanlah mengecilkan fungsi telekung untuk menutup aurat dalam solat, tetapi saya mahu kita melihat keluasan di dalam agama kita ni,"

"Oh..begitu rupanya. Seronok bercakap dengan anak. Sememangnya apa yang ditetapkan oleh Allah, tidak susah, malah menyenangkan kita sekiranya kita fikir betul-betul. Kita dah sembang panjang, kuliah tak start2 pun.. anak ni anak siapa?"

Saya menunjukkan emak saya yang duduk tidak jauh dari situ. Sudah tentu, makcik itu mengenali emak dan nenek saya. Makcik itu mendekati emak dan nenek, sementara saya pula kembali berehat untuk meregangkan pinggang dan mulut saya yag berceloteh ^.^. Alhamdulillah, makcik itu terbuka menerima kata-kata saya walaupun sedikit cuma saya tahu dan kongsikan. Sekurang-kurangnya dalam ketiadaan kuliah pada malam tu, saya juga memberi peringatan untuk diri saya sendiri.

Saya bukan ustazah, yang pandai membawa hujah, dalil sebagainya.. cukuplah dengan apa yang saya tahu, saya cuba sampaikan, saya cuba amalkan, walaupun sukar sebenarnya untuk istiqamah. Namun, apa yang saya pasti, dengan tarbiyah menyapa, saya semakin sayang dengan ilmu agama, dan dengan ilmulah yang membuka mata saya bahawa Islam itu luas, tidak sempit selagi bukan kita yang menyempitkan ia.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3 comments:

HaDi said...

Menulis bukan kerana menunjukkan kita tahu, tapi lebih kpd mencetuskan titik perubahan orang lain untuk menjadi mahu..mahu memikirkan dan mengambil manfaat..

Semoga terus berada di landasan untuk teru mencetuskan mahu sebagai manfaat 'di sana'..

Tapi saya rasa makcik 2 x ckp cm2..2 ckp org KL,,tp makcik orang kampung..confirm dia ckp laen...huhu

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

sebelum tu nk cakap tanpa segan silu.saya rindu kamu sgt2:-)

emm..seronoknya brcerita.ada juga pglmn yg sama spt dirasai Qiera.

Yang benar,Islam itu mudah bukan menyukarkan:-)

alif ruzaini said...

Islam sungguh mudah......jom singgah ke www.alifruzaini.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITA SEHATi

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes