"Aku masih mencari Dia, dalam pencarian diriku,
Aku mahu mengenali Dia, dalam manifestasi cintaku.
Aku paksikan rindukan Dia, sebagai bukti Dia syurgaku.
Pada Dia Yang Satu, hidupku matiku hanya untukMu".
-LayyinulQalbie-

Thursday, June 20, 2013

MONOLOG HATI SEORANG ISTERI


Wahai orang yang lembut hatinya ,
Ingin ku khabarkan seluruhku bahagia,
Bertahktakan rasa syukur di segenapnya,
atas untaian doa, 
dikurniakan rasa cinta orang yang mencintaiNya..

Lewat sebuah pengharapan,
Aku idamkan menjadi yang setia,
suri di hatimu,
yang bisa kau kucup keningnya,
yang bisa kau sapu air matanya,
yang bisa kau kongsi hilai tawa,
yang boleh kau tahan karenahnya,
yang boleh kau tenangkan jiwanya..
Saat pantai dirempuh badai,
Saat hujan bertualangkan mendungnya.

Di atas lapisan langit,
aku gantungkan sejuta impian,
untuk menjadi bintang qurratu a'yunmu,
walau aku kerdil untuk melakukannya 
walau kadangkala aku mencarik awan
yang merosakkan pandangan dunia
lalu mencalarkan biasan pelangi harapanmu..

Photo: Assalamualaykum.. dengan penuh rasa rendah diri ingin menjemput sahabat2 sekalian ke majlis perkahwinan (sebelah suami) bertempat di permatang rawa, pulau pinang pd 8hb Jun nt... Details mengenai majlis spt di bawah... Semoga kehadiran sahabat2 menyerikan majlis ikatan slaturrahim keluarga & sahabat2.. https://www.facebook.com/events/372435019527869/?ref=2


Ketahuilah, dalam diriku,
tiada Aisyah, tiada Khadiajah
tiada Fatimah, juga tiada Masyitah..
Aku hanyalah aku..
yang akan terus belajar dan belajar untuk mewujudkan 
peribadi mereka di dalam jiwaku

Fahamilah, 
dalam kejatuhan aku melangkah
akan kuterus meluru berusaha 
menjadi pendampingmu yang setia
kerana engkaulah imamku 
dan akulah makmumnya 
dalam bait muslim kita
yang tercipta. 

~zaujahmu, layyinulqalbie 
*mencintaimu hingga ke syurga, insyaallah*

1 comments:

HaDi said...

Suami meredhai isteri, isteri menjadi tempat rehat bagi suami. Mungkin itulah salah satu perjuangan besar di dalam rumah tangga untuk dikekalkan sepanjang hayat. Keredhaan keduannya yang akan memudahkan lagi perkahwinan menggapai syurga. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITA SEHATi

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes