"Aku masih mencari Dia, dalam pencarian diriku,
Aku mahu mengenali Dia, dalam manifestasi cintaku.
Aku paksikan rindukan Dia, sebagai bukti Dia syurgaku.
Pada Dia Yang Satu, hidupku matiku hanya untukMu".
-LayyinulQalbie-

Monday, January 17, 2011

YANG TERTUTUP ITU TERINDAH


Matahari yang tadi malu untuk keluar dari persembunyiannya semakin berani menyimbah keperangan cahayanya. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Pukul 12.05 tengah hari. Sambil memerhatikan kereta lalu lalang di hadapannya, tangan kanannya memegang erat tangan si gadis kecil di sisinya.

“Ummi, ummi tak panas ke?,” keluh si gadis kecil, sambil mengipas-ngipas dengan tudungnya.

Huda hanya tersenyum, melihat wajah anak gadis kesayangannya.  Dia tidak segera menjawab. Mata anak gadis itu mengecil, disebabkan panahan silau matahari yang hangat menyimbah mukanya.

Nisa Qasrina. Itu nama puteri kesayangannya. Berusia 9 tahun, semakin bijak dengan setiap tutur katanya. Melihat ibunya bertudung labuh, berjubah dan berstoking, dalam keadaan panas terik si matahari itu menimbulkan tanda tanya padanya.

Sememang hari itu cuaca agak panas. Sengaja dia berjalan menuju ke jalan utama, menunggu suaminya, untuk menjemput mereka berdua memandang trafik yang sangat sesak di hujung minggu, memungkinkan suaminya sukar untuk menjemputnya di dalam. Memandangkan kereta yang selalu dipandunya rosak,  suaminya, Hadi menghantar Nisa dan dia ke One Utama sebelum, suaminya ke suatu tempat atas suatu urusan.

Mereka baru sahaja keluar dari pusat beli-belah One Utama,  setelah membeli kasut  dan sedikit barang keperluan untuk Nisa Qasrina. Nisa Qasrina dipimpinnya, dibawa ke suatu bangunan berbumbung hampir dengan jalan utama untuk berteduh, memandangkan kereta dipandu Hadi belum jua kelihatan. Segera mereka melabuhkan punggung, di suatu tempat duduk yang agak selesa, berhampiran jalanan.

“Ummi, ummi..tengok tu..cantik la rambut dia ummi, nanti kakak nak rambut macam dia jugak ummi,”
Dia tersenyum melihat anak gadis tunggal kesayangannya.  Leka dia memerhati, seorang perempuan Melayu berambut ikal panjang  yang berjalan melepasi hadapan mereka.
“Kakak, ummi tanya kakak soalan, ye?”
“Kakak rasa, mana panas, pakai tudung ke tak pakai tudung,?”
“Mestilah yang tak pakai tudung,”
“Sebab?”
“Sebab kalau tak pakai tudung, kena angin, pastu sejuklah,”
“Kalau takde angin?,”
“Tak sejuk,” Huda tergelak kecil mendengar jawapan gadis kecilnya.
“Jadi lebih kurang sama je lah orang pakai tudung,”. Sememangnya begitu, berada di Malaysia, yang beriklim khatulistiwa ini, tiadalah banyak bezanya. Apatah lagi, kalau tinggal di kawasan yang selalunya bermusim sejuk, ini sudah tentu bukan alasan yang tepat.
“Okey, mana best,  kalau waktu panas, kereta  ada bumbung ke takde bumbung?,”
“Ada bumbung la best , mi,”
“Sebab?,”
“sebab tak kena panas,”
“ jadi, pakai tudung lagi best lah, sebab kurang kena cahaya matahari terus kat kepala kita, kan”
“A’ah la ummi,”

Dan,sesungguhnya, kepanasan di padang mahsyar lebih mengatasi segala, wahai anakku!Desis hatinya. Akan difahamkan kepada anaknya kelak, apabila dia meningkat remaja.  Apa yang penting, dia mahu anak berumur 9 tahun itu faham, akan cantiknya syariat Allah itu.

“Semua yang berharga dan istimewa, Allah cipta Allah tutup ia dengan sempurna.  Hari tu, kita tengok National Geography kan, macam mana Allah cipta mutiara di dalam cangkerangnya, macam mana Allah cipta permata yang diselaputi tanah di permukaannya. Dan, paling senang, kakak tengok, Allah cipta banyak buah yang berkulit, di mana ia melindungi isinya.  Isi buah itu kekal kelihatan cantik, dan bersih.  Begitu juga kita, disebabkan kita cantik dan istimewa, Allah menyuruh kita menutup aurat kita,”

“Tapi..kenapa je kita kena pakai tudung, ummi? Kenapa orang lelaki tak payah?” Pertanyaan demi pertanyaan mula bermain di minda Nisa Qasrina.

“Sebab aurat kita dan orang lelaki tak sama, sayang. Sebab Allah  cipta perempuan itu terlalu istimewa, kecantikan perempuan mampu menarik pandangan lelaki, itulah sebab Allah suruh tutup, dan orang yang berhak sahaja boleh melihatnya. Macam kakak, dengan abi, dengan adik Saiful, takpe la tak tutup rambut pun, sebab mereka ahli keluarga kita.  Tapi, kalau kakak tak tutup aurat depan lelaki luar, berdosalah..“


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"..( Al-Ahzab,59 )



 “Ummi, kalau pakai tudung macam tu pun, takpe ke mi?” Nisa menunjukkan kea rah seorang wanita bertudung belit, singkat  gaya moden terkini, ranggi berseluar jeans, dan berbaju sendat yang tidak jauh dari situ.
“ Kakak sayang, dalam Al-Quran, Allah tidak suruh kita bertudung sahaja sebenarnya, kan? Allah menyuruh kita menutup aurat, menutup semuanya kecuali tapak tangan dan muka,”


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya KECUALI kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (An-Nur : 31)



"Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]


 “Maksudnya kakak, bukanlah sekadar tutup permukaan sahaja, tetapi longgar, dan tak jarang..itulah pakaian isteri nabi kita, dan itulah yang disukai Allah  dan nabi. Allah dah pun berjanji dalam Quran, siapa yang taat Allah dan rasul, pasti dapat kemenangan yang besar, ,”
“Jadi, kakak sayang Allah tak? Sayang nabi?,"
“Sayang,”
“Kalau sayang, sebab itulah kena patuh betul-betul pada setiap suruhannya,  kena berakhlak baik,  serta tinggalkan semua yang Allah tak suka, barulah dapat ganjaran istimewa dari Allah nanti.Sekarang, kakak dah faham?,”
“Dah, ummi..,”
“Alhamdulillah.. anak ummi, kan anak yang solehah,”

Huda tersenyum bahagia. Dia mahu, anaknya, bukan sahaja mengikut seperti apa yang dilakukan ibunya, yakni menutup aurat, tetapi, dia mahu anak gadisnya itu memahami erti dan hikmah syariat Allah itu. Dia tidak mahu, anaknya bertudung sekadar trend, sekadar budaya. Dia hanya mahu anaknya bertudung kerana Allah semata-mata dari kecil lagi, bukanlah sekadar ikutan budaya. Berapa ramai yang bertudung tetapi tidak memahami hakikat menutup aurat, berlandaskan syariat, lantas menjerumuskan mereka ke lembah maksiat kerana niat tidak lagi disandarkan kepada Allah.Masa yang sungguhpun singkat itu, setidak-tidaknya terisi dengan hikmah untuk anak kesayangannya.

“Pin..pinn,’

Mereka hampir tidak perasan dengan kereta Honda City, di depan mereka. Hadi, kelihatan tenang menunggu isteri dan anak perempuannya. Di sisinya, hero lincah, Saiful Islam, berdiri  melambai ummi dan kakaknya sambil terlompat-lompat.

“Assalamualaikum..maaf abi, tak perasan abi dah sampai,”Huda membuka pintu kereta dan menyapa, sambil  mereka berdua cepat meluru masuk ke dalam perut kereta.
“Waalaikummussalam.Amboi, mesyuarat pasal apa tadi, sampai tak perasan ni?,”
“Mesyuarat pasal tudung, abi. Sekarang, Nisa dah faham, kenapa abi tak payah pakai tudung…,”
Umminya tergelak kecil.
“Kenapa?,” Hadi sengaja bertanya.
“Sebab abi tak cantik, macam kami,”
Lagi, Huda dan Hadi tergelak mendengar telatah anak perempuannya. Ya, anak-anak harapan yang semakin membesar dengan diikatkan Islam di dasar hati mereka. Itulah hendaknya, yang terisi dalam bait-bait doa mereka. Supaya mereka dimengertikan Islam di hati, lalu terpancarkan akhlak seorang  soleh dan solehah dari jiwa mereka.
Dalam hatinya, Huda bermonolog sendirian…

Ya, puteriku,
Kerana engkau cantik, ibarat permata
kerana engkau indah, ibarat kejora
lalu, bertutup sempurna itulah syariatNya kepadamu,
kerana Allah sangat sayang padamu,
kerana..yang tertutup itulah yang terindah,
dan kerana seindah hiasan, wanita solehah..

8 comments:

Pemerhati Dunia said...

Cara yang amat baik bagi memperkenalkan anak-anak dengan aurat.

LayyinuL Qalbie said...

terima kasih, pemerhati dunia..
mudah-mudahan dapat dikongsikan ilmunya... sekadar perkongsian, setelah membaca sedikit ttg parenting.. bukanlah dr pengalaman, tapi cerpen rekaan.
Panduan utk sy juga, sy tak punyai anak lagi, tapi punya impian untuk mendidik mereka supaya lebih baik dari sy...

pencinta bahasa said...

salam ya ukti..
satu penulisan yang berkesan. :D
cerita yang sangat menarik dan mudah untuk memahami mesej yang disampaikan.
kadang-kadang kita perlu kaitkan hukum Allah dengan sesuatu yang dekat dengan diri manusia supaya lebih jelas hikmah di sebalik syariat yang Allah kurniakan buat hambanya.
mungkin selepas ni boleh tulis 'mini series' dan saya pasti teruja untuk membacanya.

apalah sangat pencinta bahasa dibandingkan dengan pencinta agama.. kalau ada ym, add la saya: ilove_peach@yahoo.com

LayyinuL Qalbie said...

waalaikummussalam.. syukran jazilan, bahasa mudah sy kira, sy guna dlm cerpen ni..tiada apa terlalu istimewa... sy baru invent@mencuba-cuba cerpen hikmah gaya begini, sebelum ini cerpen sy more to cerpen cinta islamik... =).. yg selalunya dpt rating yg baik di klgn pembaca di web, namun sy baru berkira2 mempelbagaikannya cerita yg sy rasa perlukn sentuhan mendidik kpd jiwa,.. Insyaallah. terima kasih,mini series tu juga 1 cdgn yg baik... akan dipertimbangkan.. sesuai dgn kemampuan dan kekangan masa yg selalu dihadapi oleh sy..

pencinta bahasa,jgn kata begitu, krn awak ada keistimewaan awak tersendiri.. begitu dgn pencinta agama.. awak ada 'gaya bahasa' awak tersendiri, yg mampu membelai jiwa pembaca... Insyaallah.
sy add nanti=).. salam ukhuwah, dr,
~Selembut HatiKu~..
Hamba Allah yg hina andai tanpa cintaNya

HaDi said...

Salam...

Alhamdulillah...
penceritaan yang baek...Sy rasa bakat tulisan boleh dikembangkan untuk menerbitkan novel...InsyaAllah...

Semoga 'Hadi' dalam cerita itu benar2 mendapat spt apa yg diceritkan...=D

LayyinuL Qalbie said...

waalaikummussalam.. dlm kesibukan di kilang, en hadi sempat lg dtg menjenguk 'heart chamber' sy.. terima kasih sy ucapkan..

en hadi tak perlu nk 'bodek' sy.. ngee

en hadi yg selayaknya menghasilkan buku,.. sy baru bertatih, dn merangkak menulis... terlalu byk perlukan pembaikan..

atau mgkin en hadi berkata begitu sbb ada nama hadi (> <).. saja letak nama hadi, nk match dgn huda =)... apa2 pn sy doakn Hadi mendapat apa yg sperti yg diinginkan.. May Allah grant you the best of Him, for you.. ameen

alif ruzaini said...

mohon share boleh?

layyinul qalbie said...

silakan=)..mohon agar link ke blog ini supaya sekiranya apa2 teguran berbalik kpd penulisnya utk diperbaiki.wassalam=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITA SEHATi

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes