"Aku masih mencari Dia, dalam pencarian diriku,
Aku mahu mengenali Dia, dalam manifestasi cintaku.
Aku paksikan rindukan Dia, sebagai bukti Dia syurgaku.
Pada Dia Yang Satu, hidupku matiku hanya untukMu".
-LayyinulQalbie-

Monday, January 24, 2011

YES, I'M A MUSLIM, BUT NOT CONGENITALLY ISLAMIC!

PadaMu Tuhan, kusujud dan kumulakan kata dengan lafaz
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Terima kasih kerana masih mengunjungi heart chamber saya yang tak seberapa informatif ini, dan terima kasih kerana anda masih 'bertahan' membaca post-post di sini. Sungguh, anda membaca karya yang orangnya masih merangkak, bertatih, dalam pencarian dirinya, 'mencari' Penciptanya yang dia selalu merasakan sebenarnya Allah selalu hampir. Cuma kerana ilmu di dadanya masih terlalu cetek, kerana dia masih mengejar dan mengutip kurniaan ilmu demi mengenal TuhanNya. Tak lupa juga untuk mengamalkan apa yang dipelajarinya..Ameen, mudah-mudahan, dia istiqamah selalu.

Kerana apa perlunya istiqamah? Kerana saya mahu Dia menyukai saya dan selalu nampak saya, walau terkadang saya terlupa dan alpa lalu meyakitiNya. Allahu Allah, terlalu banyak kurniaanNya, tanpa Dia mengira kebaikan saya padaNya. Sungguh, Dia terlalu..terlalu Maha Pemurah segala. 

Mungkin ada tertanya,  kenapa saya menulis gaya 'second person' begini... bukan lagi genre cerpen picisan, yang saya wujudkan dan hidupkan wataknya dalam ilusi saya. Ini mungkin post terakhir saya sebelum saya ke 'Accident & Emergency' posting, yang saya tahu, saya mungkin kurang menjenguk ke heart chamber saya kelak. Lantas sebelum itu saya mahu meminta maaf, andai saya kurang mampu berkunjung ke teratak anda semua. Sekalung kemaafan dari saya, untuk semua follower/ bloggers. Tambah pula, demam yang saya alami kini, benar-benar mengganggu, dan saya tak mampu mengeluarkan 'ayat-ayat' cinta dari 'otak medic' dalam menyudahkan penceritaan cerpen saya. Doakan ya, mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa semalam saya, sebagai kaffarah atas perbuatan saya yang menyakitiNya. Alhamdulillah, Dia masih menyayangi saya, mengingatkan saya tentang panasnya bahang api neraka. Ya, kepanasan demam sebahagian dari kepanasan api neraka.

Suatu hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a dari Nabi S.A.W, bersabda yang maksudnya :
"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". -Hadith riwayat Muslim-

Dalam sebuah kitab, maaf saya terlupa (kalau tak salah, dari Prophet Medicine yang pernah saya baca), menyebutkan bahawa panas dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam dengan sebab yang tertentu agar kita mengambil iktibar daripadanya. Hari ini, Allah benar-benar mahu mengingatkan saya tentang api nerakanya. Lebih dari itu, Alhamdulillah, Allah mendatangkan demam pada saya sebagai penebus dosa-dosa yang lalu, sudah pasti menguntungkan buat saya, seorang hamba yang hina ini.



Sambil berbaring, ingatan saya terimbau pada suatu saat ketika dulu. Ketika saya tidak pernah merasai nikmat disayangiNya membelai jiwa saya, walaupun saya tahu Allah datangkan segala-galanya pada saya. Saya hanya tahu 'kewujudan Allah' di dalam solat, dan puasa saya. Pada saya, itu sudah cukup menjadikan saya seorang Muslim, asalkan saya tidak melakukan kejahatan. Saya mudah mengeluh terhadap apa yang saya tidak dapat atau atas ketiadaan sesuatu. Sikap terlalu manja ini, mungkin terlahir dari sifat saya seorang anak bongsu.

Nostalgia ini mengembalikan kenangan sewaktu saya tidak memahami erti aurat dahulu. Cukuplah bertutup kepala, itulah budaya kita, yang kadang-kadang membukanya sekali-sekala pun tak mengapa.Apabila saya kini menyarungkan tudung labuh di kepala, di hadapan cermin, saya pasti teringat saat ketika bencinya saya pada tudung labuh. Dalam keluarga terdekat saya sememangnya tiada yang bertudung labuh, sehingga dalam fikiran saya terlahir persepsi kurang senang, bahawa mereka jumud, konsevatif, terkebelakang, dan perkataan-perkataan lain yang menghampiri maksud yang sama. Betapa saya mengagungkan orang yang tidak bertudung, terutama bila menonton di kaca tv, sehingga saya merasakan apabila saya besar nanti, saya juga tak mahu bertudung!

Entah kenapa, saya cukup tidak suka orang bertudung labuh.Saya mengelak untuk memohon ke UIA, seperti disarankan oleh seorang pakcik saya, atas alasan (dalam hati) saya sebolehnya tak nak terlalu 'agamawan', terutama bertudung labuh. Betapa beratnya, mengamalkan agama untuk saya ketika itu, jika dibandingkan bercouple, menonton wayang, dsb. 

Itulah dua jalan pilihan yang diberikan ke pada manusia sebagaimana dinukilkan,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.” – Hadith riwayat. Bukhari dan Muslim.

Ya, sebagaimana dinyatakan, jalan ke syurga itu penuh dengan liku, onak duri, yakni sememangnya dijanjikan dengan kesakitan, tangisan dan bermacam-macam lagi kedukaan. Namun, dalam kebersamaan rasa duka itu, terselit sebuah ketenangan yang mendamaikan jiwa. Berbanding, jalan neraka itu pula, ia dijanjikan dengan pelbagai kesenangan duniawi yang menepati citarasa si syahwat,terlupakan akhirat, dalam hilai tawa yang mengasyikkan. Namun, bersamanya, sebenarnya tersimpan kegelisahan dan keresahan yang akan mendiami hati sang empunya diri.



Mujur, saya punyai hati yang lembut, dan Allah tidak pula mengeraskan hati saya ini.Allah menyapa saya melalui tarbiyah sehingga menusuk ke hati. Allah kurniakan di sekeliling saya, rakan yang membimbing, dan memimpin tangan saya, walau pada mula saya terasa berat untuk mengikutinya. Allahu Allah, sayangNya Dia pada saya, sehingga saya tidak mampu membayar dengan air mata kesyukuran saya. Alhamdulillah, Allah datangkan keikhlasan pada jiwa saya, atas dasar mencintaiNya. Seringkali, saya terasa malu padaNya apabila diuji. Pantaskah saya mengeluh, setelah nikmat terbesar, keimanan dan cintaNya yang diberi??

Kerana cintaNya, saya kuatkan diri untuk bangkit, untuk memutuskan hubungan percintaan monyet, sehingga benar-benar dikutuk oleh sang lelaki, yang pada suatu ketika dulu menyintai saya. Kerana cintaNya, saya berusaha segala apa yang saya lakukan adalah keranaNya ya Rab.Kerana cintaNya, saya cuba menutup sebaiknya aurat saya, walau saya ditentang pada mulanya. Ya, Allah mendatangkan rasa cinta saya yang sangat-sangat pada tudung labuh, pada seluruh syariatNya. Kerana cintaNya, saya bukan lagi ingin berjaya untuk diri saya, lantas diniatkan untuk berbakti pada ummah, dan menjadi mukmin professional di dunia dan di akhirat sana... kerana mencintaiNya, saya akan selalu terharu, dan saya mahu sentiasa dikurniaan perasaan terharu dan cinta ini hanya untukNya.

Melihatkan, dari luaran saya, ada yang mengatakan " Takpe la dia, dia dari keluarga beragama," atau "Dia dari sekolah agama," .. Ketahui saya bukan dari kedua-duanya seperti anda fikirkan.

"Yes, I'm  a Muslim, but I'm not congenitally Islamic," 
(Ya, saya seorang Muslim, tapi saya bukan Islamik sejak kecil) 

Saya disapa tarbiyah dengan kehendak Allah, kemudian saya berusaha untuk mencariNya. Saya mencari dan akan terus mencari, dengan mengenal Dia melalui ilmu tentangNya.

Sahabat tercinta yang hampir denganku, andai hidayah menyapa, janganlah bertangguh untuk berubah, kerana dikhuatiri ia tidak akan datang lagi.Aku memahamimu sahabat, kerana aku pernah berada di tempatmu..oleh itu, aku akan selalu dekat denganmu, akan selalu bersahabat denganmu, kerana aku mahu kita berpimpinan ke syurga.
  Saya sangat sukakan kata-kata Hilal Asyraf melalui novelnya, Sinergi.
 
~Hatta kalau kau terjun ke neraka, aku akan terjun bersama untuk menarik kau naik semula dan berjalan beriringan ke syurga.~ 


 Hebatnya ukhuwah yang saya kenal melalui tarbiyah ini...Subhanallah!

Pembaca sekalian, rasa syukur saya panjatkan kerana mengenali anda semua, rakan bloggers/ILI yang rata-ratanya punya ilmu agama yang sangat baik secara tidak langsung, mendidik dan mengingatkan saya, tentang Dia, Dia Yang Berkuasa dan Memiliki Segalanya. Saya pernah menangis, kerana terlalu gembira mengenali antara kalian, atas kesyukuran kerana Allah mempertemukan kita .Subhanallah, semoga persahabatan kita mendapat naungan Allah s.w.t, dan membawa kita ke syurga. Ameen..

Titipan kerinduan untuk semua, dan Salam Selembut Hatiku, 
Assalamualaikum..
~Layyinul Qalbie~






11 comments:

elhafidz said...
This comment has been removed by the author.
LayyinuL Qalbie said...

waalaikummussalam...

to elhafidz,
terima kasih atas kunjungan ke heart chamber saya, tiadalah apa yg istimewa, sekadar perkongsian dari hati yang menginginkan, orang lain turut merasakan seperti apa yg dirasa.. setiap hari, bangun dari tidur, saya terlalu menginginkan melihat Islam kembali tertegak, rakan-rakan saya (perempuan terutama) menutup aurat sempurna..namun apa yang boleh saya lakukan?? mereka spt saya suatu ketika dahulu..mereka tiada/kurang kefahaman... saya benar2 ingin mereka turut merasakannya...Allahu Allah, berat sbnrnya dakwah ini, biarlah mata pena saya melakar untuk titipan kepada semua, .. kerana bersahabat, biarlah keranaNya, biar sama2 ke syurga..

terima kasih atas videonya... oh, dari Nouman Ali Khan.. seorang yang tidak asing lg.. saya mula kenalnya di The Deen Show, The Deen Show sbnrnya banyak mengajar saya, basic of Islam, in a simple way of understanding.. Nouman Ali used to be an muslim-atheist, right? ade juga tengok video dia yg lain di TDS...video awk tu,malangnya internet sy agak slow mlm ini..xdpt tgok keseluruhan.. nanti, sy pasti menontonnya..
Terima kasih atas doanya yang cukup bermakna, jazakallahu khair.. May Allah shower His blessings on you. Ameen

LayyinuL Qalbie said...

salam..saya baru menontonnya sehingga habis..masyaallah, sungguh memberi semangat...kpd org2 yg dianggap extremist/weirdo dlm kalangan family atau rakan2.. video ni terbaik~.. alhamdulillah, semua keluarga sy..ok..lama2 dpt menerima,..bila menonton keseluruhan video.. sy terasa diri sangat2 bertuah.. dipilih Allah, utk keluarga sy.. sekali lagi syukran atas videonya..

Tunduk Mengalah said...

Salam...
oh terjebak cinta monyet gak..takpe..biarkan saja yang lepas tu terus memonyet. Yang penting skang kamu jadi manusia..tapi demam plak..syafakillah..

elhafidz said...
This comment has been removed by the author.
HaDi said...

Salam...

Maaf lmbt memberi ziarahnya....
MasyaAllah tulisan yang amat baek...byk peningkatan dalam penyampaian...Tulisan yg hidup bukanlah sekadar menyampaikan,,tetapi disalut dengan rase hati untuk menyentuh pembaca...

InsyaAllah,,,teruskan berpena...
Semoga dipermudahkan segala urusan di department baru...

LayyinuL Qalbie said...

to elhafidz..

alhamdulillah..indeed. =)

LayyinuL Qalbie said...

to rusydee artz,
assalamualaikum..syukran atas kunjungan mentengok heart chamber ni..
Isu monyet juga yg dinampaknya..=)
Alhamdulillah, Allah memanusiakan dan mendewasakan saya..
alhamdulillah.. my health getting better,
syukran jazilan..
pst: teruskan menulis ala mujahadah seorg mujahid..tak sangka berbakat dlm penulisan, selain dr lukis komik.. teruskn berdakwah dlm medium seni!

LayyinuL Qalbie said...

to encik hadi,
syukran... atas pujian, selayakNya saya hadiahkan pdNya.
................

i'm speechless, atas keterlanjuran kata, kesalahan sendiri.
Allah Maha Mengetahui isi hati.

pencinta bahasa said...

salam ya ukhti..
minta maaf lambat bertandang. post kali ini sangat mengharukan saya. sejujurnya, saya pernah melaluinya juga pada usia yang masih awal remaja. pada mulanya lalai dengan dunia, lama kelamaan bertemu dengan cintaNya.. sungguh, tak terkata nikmat itu. subhanallah.. kadang-kadang dalam perjalanan kita tersesat, tapi siapa sangka kita sampai di suatu destinasi yang lebih indah daripada tempat yang kita rancang untuk pergi..MasyaAllah..

teruskan bermujahadah.. supaya kita tidak putus daripada limpahan rahmatNya.. InsyaAllah..
salam sayang dari saudara seperjuangan, semoga baik-baik sahaja di posting yang baru..

LayyinuL Qalbie said...

waalaikummussalam....
maaf atas kelewatan membaca komentar saudari.. amat sikit masa luang sy kini,.. alhamdulillah, sama2 kita mujahadah, kdg2 utk berubah kita rasa susah, namun sebenarnya ada yg lebih sukar. iaitu istiqamah, sebab itu ia amalan disukai oleh Allah. jadi, sama2 terus bermujahadah, dn istiqamah...
saya juga ingin mminta maaf kepada saudari krn belom add lagi ym saudari, ..sy semakin x gunakan ym skrg.. skiranya saudari ade facebook, dialu-alukan utk add sy, n msg.. ade mase lpg, facebook yg selalu sy buka..
salam sayang kembali utk sahabat tercinta
uhibbukifillah ya ukhti... syukran atas doanya..
Rahmat Allah yang melimpah didoakan untukmu. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITA SEHATi

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes