"Aku masih mencari Dia, dalam pencarian diriku,
Aku mahu mengenali Dia, dalam manifestasi cintaku.
Aku paksikan rindukan Dia, sebagai bukti Dia syurgaku.
Pada Dia Yang Satu, hidupku matiku hanya untukMu".
-LayyinulQalbie-

Thursday, June 20, 2013

MONOLOG HATI SEORANG ISTERI


Wahai orang yang lembut hatinya ,
Ingin ku khabarkan seluruhku bahagia,
Bertahktakan rasa syukur di segenapnya,
atas untaian doa, 
dikurniakan rasa cinta orang yang mencintaiNya..

Lewat sebuah pengharapan,
Aku idamkan menjadi yang setia,
suri di hatimu,
yang bisa kau kucup keningnya,
yang bisa kau sapu air matanya,
yang bisa kau kongsi hilai tawa,
yang boleh kau tahan karenahnya,
yang boleh kau tenangkan jiwanya..
Saat pantai dirempuh badai,
Saat hujan bertualangkan mendungnya.

Di atas lapisan langit,
aku gantungkan sejuta impian,
untuk menjadi bintang qurratu a'yunmu,
walau aku kerdil untuk melakukannya 
walau kadangkala aku mencarik awan
yang merosakkan pandangan dunia
lalu mencalarkan biasan pelangi harapanmu..

Photo: Assalamualaykum.. dengan penuh rasa rendah diri ingin menjemput sahabat2 sekalian ke majlis perkahwinan (sebelah suami) bertempat di permatang rawa, pulau pinang pd 8hb Jun nt... Details mengenai majlis spt di bawah... Semoga kehadiran sahabat2 menyerikan majlis ikatan slaturrahim keluarga & sahabat2.. https://www.facebook.com/events/372435019527869/?ref=2


Ketahuilah, dalam diriku,
tiada Aisyah, tiada Khadiajah
tiada Fatimah, juga tiada Masyitah..
Aku hanyalah aku..
yang akan terus belajar dan belajar untuk mewujudkan 
peribadi mereka di dalam jiwaku

Fahamilah, 
dalam kejatuhan aku melangkah
akan kuterus meluru berusaha 
menjadi pendampingmu yang setia
kerana engkaulah imamku 
dan akulah makmumnya 
dalam bait muslim kita
yang tercipta. 

~zaujahmu, layyinulqalbie 
*mencintaimu hingga ke syurga, insyaallah*

Monday, June 25, 2012

Agama: Yang Luas, Jangan Disempitkan

Bismillah.

Lama sudah saya memencilkan diri dari dunia blogging kerana 'bertapa' secara fokus saat tahun akhir pengajian saya. Alhamdulillah, fasa pengajian saya berakhir dengan baik, dan segalanya hampir selesai. Yang menanti kini alam pekerjaan yang menjanjikan penuh cabaran.

Telah lama saya simpan niat untuk menulis lagi, namun,hampir sebulan saya 'honeymoon' di rumah, saya bagaikan tidak tahu bagaimana hendak memulakan penulisan. Ada saja di kalangan rakan blogger yang bertanya, bila nak menulis, namun fikiran saya bagaikan kebuntuan. Saya hanya menunggu keinginan hati yang kuat untuk berkongsi, bukan kerana sesiapa.

Sebulan di rumah, rutin seharian saya sudah pastinya hampir 100% berbeza berbanding zaman belajar dahulu. Ibarat surirumah sepenuh masa, housework la pengisi masa saya di samping mengajar tusyen sepupu,dan membaca buku ilmiah nonmedic yang sekian lama saya 'pause'kan kerana persediaan final exam. Di kesempatan kelapangan waktu ini, saya fokuskan kepada kelas memasak bersama emak. Hampir penuh juga buku tulis saya muatkan resepi-resepi keagungan sajian keluarga kami. Maklum sahaja, saya jarang sekali menjenguk dapur kerana belajar, dan sebab tu banyak sekali saya lupa yang mak ajar...ngee..^.^ . Sebab itu pepatah Inggeris menyebut 'Practice Makes Perfect', kalau tak practice, jangan haraplah ingat pandai masak. Tapi, realitinya jangan risau ye sahabiah,seorang rakan naqibah saya, juga merupakan seorang doktor pernah memberitahu,

"Once you have your own kitchen, you gradually learn how to cook;)"

Apatah lagi zaman kecanggihan teknologi yang segalanya di hujung jari kini.Taip saja apa resepinya, tup tup terus menjelma di skrin komputer mahupun smartphone. Tinggal saja kemahuan, dan rajin atau tidak.

Di sebelah malam, tiadalah sangat aktiviti melainkan saya hanya mengikut mak ayah ke surau, sehinggalah waktu Isyak. Untungnya, saya memiliki ibu ayah yang ke surau selalu, secara automatik, hati saya tidak dibiarkan lalai dengan pengisian kuliah-kuliah di surau. Kebiasaan saya di kolej,di hujung minggu terutamanya, saya dan teman-teman saya yang solehah tuh;) ke majlis- majlis ilmu berdekatan. Itu barangkali antara faktor saya kurang lalai di kolej. Namun di rumah seringkali saya tertewas, hatta untuk 2 rakaat solat dhuha sahaja cukup berat untuk dilaksana..haih.. +_+

Surau di kampung saya yang terletak di pedalaman tidaklah seperti di bandar-bandar seperti di kawasan Gombak, Ampang di mana pemuda-pemudi masih lagi kelihatan batang hidungnya. Di kampung ini, 100% golongan veteran pengunjung setia surau/masjid walaupun masih ramai remaja muda-mudi di kampung kecil ini. Sedih kan...saya tiada kawan..tapi takpe, makcik-makcik pun kira kawan la kan.. ^.^

Selalunya saya hanya menurut emak, mengenakan telekung ke surau. Namun, suatu hari, entah mengapa saya memilih untuk memakai jubah bersama tudung bulat sepertimana kebiasaan saya di kolej. Jubah berbelang cotton ungu bersama tudung labuh ungu gelap menjadi pilihan saya pada malam itu. Keluarnya saya dari rumah, nenek yang juga pergi bersama kami, menegur saya

"Tak pergi surau ke malam ni? 'Cuti' ke? "

Saya terpinga-pinga disoal begitu, lantas menjawab tanpa banyak soal.

"Pergi".

"Ingatkan adik nak duduk dengan atuk tadi," nenek menyambung kembali. Atuk saya memang tidak ke surau kerana mengalami semput yng teruk.

Fahamlah saya apa yang tidak dimengertikan oleh nenek.Saya hanya tersenyum sambil tergesa-gesa menyarungkan stoking sebelum masuk dalam perut kereta.

Sesampainya di surau, azan berkumandang dan rata-rata pengunjung menunaikan solat sunat, seterusnya bersedia untuksolat maghrib berjemaah. Semasa berdiri membetulkan saf, seorang makcik menegur saya,

"Dik, nampak dagu," Saya hanya melemparkan senyuman, dan membalas ringkas.

"Maaf ye makcik, saya mengambil pendapat dagu bukan aurat. Nanti saya jelaskan,"

Takbir imam solat, menghentikan perbualan kami untuk terus fokus menghadap Tuhan.

Usai salam, dan zikir selepas solat, saya merapatkan diri dengan makcik itu. Sebelum mula bicara, 'rapport' harus terbina dengan baik dahulu. Communication skill dalam medic yang saya pelajari semasa berinteraksi dengan pesakit saya praktikkan!

"Makcik datang dengan sapa tadi,?" ~(walaupun saya nampak tadi makcik datang dengan motor dengan suami makcik~^.^',huu..)

"Makcik slalu datang dengan pakcik je, kalau pakcik tak bawak tak sampai la makcik ke sini,"

"Rajin makcik datang walaupun makcik nampak tak berapa nak sihat," sambung saya lagi.

"Mati pun tak lama dah, masa yang ada ni la nak buat ibadah,". saya hanya tersenyum mendengar kagum dengan semangat makcik ni.

"Nak, makcik nak tanye.. tak pe tak pakai telekung masa solat ye?". Sama seperti nenek saya, makcik ini berasa pelik kerana saya tidak mengenakan telekung.

******************************************^.^ ************************************

Telekung bukan pakaian wajib solat

Persoalan ini antara soalan biasa ditanya kepada saya, bukan sahaja dari makcik di kampung sahaja, makcik di bandar, hatta anak-anak muda seperti saya.

Pemahaman telekung adalah pakaian wajib solat, serta merta telah menyempitkan Islam sebagai agama yang meluas skopnya, seperti diwarwarkan "Islam is the way of life".

Sebagai seorang pelajar medic, saya menyaksikan sendiri di hospital apabila menawarkan diri kepada beberapa makcik untuk membantu mengambil wudhuk. Alasan ketiadaan telekung antara punca solat ditinggalkan di kalangan pesakit wanita, selain alasan sakit itu sendiri.

atau jawapan yang lain..

"Takpelah nak, nanti makcik balik..makcik qada' la solat ni,"

Cuba kalian bayangkan sekiranya makcik tu berada di hospital selama seminggu.. laratkah nak digantikan 35 waktu solat?

Saya tidak menafikan antara sebab lain kurangnya ilmu tentang ruksah solat ketika sakit, dan cara mengambil wudhuk antara punca rata-rata pesakit di hospital meninggalkan solat. Dan... berapa ramai doktor dan jururawat yang bergelar Muslim betul-betul mengambil berat tentang ibadat pesakit? Sepanjang perjalanan saya sebagai student, cuma sekali saya melihat doktor care tentang ibadat pesakit..itu pun senior saya!

Saya cuma tenang tidak mempersalahkan pesakit yang berumur agak sebaya dengan ibu saya itu.

"Makcik, Islam tu mudah makcik, di mana syariat memberi rukhsah, atau kemudahan ketika sakit, nanti saya ajarkan pada makcik cara solat ketika sakit. Makcik cakap takde telekung kan, nanti makcik suruh anak makcik bawakan untuk keselesaan solat makcik. Tapi,buat sementara waktu ni, takde telekung pun takpe.makcik pakai je tudung makcik, atau boleh juga tutup dengan selimut yang bersih kan... asalkan bersih dan menutup aurat, memenuhi tuntutan syarat sahnya,"

"Makcik bukan sengaja nak tinggalkan, cuma makcik ingat bila makcik sembuh nanti, makcik nak qada la,"makcik itu kembali menegaskan.

"Makcik, seharusnya semasa sakitlah kita ingat pada Allah, sebab bukan doktor yang menyembuhkan... tapi Allah. Allahlah yang mengizinkan seseorang sembuh, bukannya doktor. Doktor cuma berusaha merawat. Sekiranya kita lupa pada Allah saat begini, bagaimana mungkin Allah memberi kesembuhan,"

Makcik yang comel itu akhirnya bersetuju untuk solat..Alhamdulillah. ^.^


Bukan salah telekung..

Pernah satu ketika, ketika saya pulang ke kampung halaman menaiki bas, saya duduk di tepi seorang kakak yang cantik yang berseluar jeans, dan berbaju comel. Saya mengambil tiket perjalanan di sebelah siang, bertolak puku 9 pagi, bererti sampai lebih kurang 5 atau 6 petang. Selalunya bas akan berhenti seketika di hentian rehat, namun pada hari itu saya tidak tahu kenapa bas tersebut berhenti di perkarangan masjid. Waktu sudah pun menunjukkan masuknya waktu zuhur, dan saya bersiap sedia untuk turun.

Saya mempelawa kakak cantik.. " Jom akak, pegi solat... ke akak 'cuti'?,"

"Takpela dik, akak terlupa bawa telekung, akak qada solat nanti balik la. Lagipun, akak tak suka pakai telekung masjid, busuk.." Jujur jawapan akak tu pada saya. Sekurang-kurangnya dia tidak menipu saya dengan memberi alasan 'cuti'.

Saya masih ingat kata-kata seorang ustaz, berapa ramai wanita tiba-tiba 'bercuti' ketika bermusafir dalam satu pengalamannya menaiki bas. Saya hampir lupa antara kemungkinan alasannya, tetapi antara yang mungkin adalah sukarnya menanggalkan dan menyapu kembali make up. Wallahu'alam.. saya hanya memetik katanya.

Saya masih memikirkan idea untuk mengajaknya solat. Hurm..hendak diberi telekung saya pula, saya memang tak pernah bawa telekung bila bermusafir. Cukuplah dengan jubah dan tudung yang ada, itulah telekung saya ^.^ semenjak saya berjilbab besar. Tapi, camne ye nak ajak kakak cantik ni...

"Akak, ada baju kurung tak dalam beg akak? Kalau tak, pakai baju kurung pun boleh kak,"

"Takpe la dik, adik pegi la...akak lebih selesa pakai telekung", jawapannya hambar dan wajahnya dipalingkan ke arah tingkap,menyebabkan saya berhenti bertanya dan berlalu meninggalkan dia. Dia melihat saya seolah memaksanya.Mungkin. Dalam hati ketika itu cuma satu "Maafkan saya kakak cantik..saya cuma nak ajak akak solat mengikut waktu. Ya Allah, berilah hidayah kepada kakak cantik, sesungguhnya dia tak tahu," T_T.

**********************************************************************************

Pengalaman mengajar saya tentang bagaimana pemikiran kita hanya sempit kepada pemakaian telekung untuk solat, sedangkan bukanlah termaktub dalam syarat sah bahawa:

-Hendaklah memakai telekung.

sebaliknya...

Menutup aurat itulah yang dikehendaki syarak.

Makcik itu mengangguk-angguk tanda faham apa yang cuba saya sampaikan.

"Makcik tau kenapa perlaksanaannya sukar bagi sesetengah orang?,"

"Sebab kita membezakan aurat semasa solat, yakni di hadapan Allah, dan aurat di luar solat, yakni semasa kita di tempat awam terutamanya,"

"Kita hanya memikirkan untuk menutup aurat ketika di hadapan Allah, yakni masa solat.. tapi bila kita di tempat awam kita terlupa tentang aurat dengan ajnabi, yang juga merupakan perintah Allah,"

Sebab itu pada saya, perintah Allah untuk menutup aurat menyenangkan kerana apabila panggilan untuk solat berkumandang, saya bersedia dengan pakaian yang bersih dipakai. Yang tinggal, saya selalunya hanya membawa sepasang stoking sebagai ganti untuk solat. Itu sahaja, sebab itu saya kata syariatNya memudahkan, bukan menyusahkan.

"Oh ya, tentang hal menutup dagu ketika solat,saya mengambil pendapat di mana dagu itu sebahagian dari muka, dan muka adalah bukan aurat sebagaimana pendapat banyak ulama. Oleh sebab itu, saya tidak menutupnya. Begitu juga dalam hal belakang tapak tangan. Dalil menyebut tentang seluruh anggota badan wanita itu aurat kecuali wajah dan tapak tangan..mengikut penterjemahan sebenar dari bahasa Arab, tapak tangan sebenarnya mencakupi kedua-duanya depan(telapak tangan) dan belakangnya.

Pada saya, Islam agama sangat praktikal. Aurat dihadapan Allah (solat) sama sahaja di hadapan ajnabi. Jadi, sama ada ketika solat atau diluar solat, bahagian anggota badan yang dikatakan aurat, yang perlu ditutup sama sahaja bagi saya. Di luar solat, saya tidak menutup dagu..pun begitu di dalam solat. Namun begitu, saya menghormati sahabat yang menutup dagu. Ada sahaja sahabat saya yang memakai kekek(penutup dagu) di dalam solat mahupun di tempat awam, kerana beliau yakini sedemikian. Itulah namanya keluasan di dalam Islam, di mana kita seharusnya menghormati apa yang diyakini oleh orang lain, selagi ianya tidak bercanggah dengan Al Quran dan assunnah. Walau apapun makcik, saya bukanlah mengecilkan fungsi telekung untuk menutup aurat dalam solat, tetapi saya mahu kita melihat keluasan di dalam agama kita ni,"

"Oh..begitu rupanya. Seronok bercakap dengan anak. Sememangnya apa yang ditetapkan oleh Allah, tidak susah, malah menyenangkan kita sekiranya kita fikir betul-betul. Kita dah sembang panjang, kuliah tak start2 pun.. anak ni anak siapa?"

Saya menunjukkan emak saya yang duduk tidak jauh dari situ. Sudah tentu, makcik itu mengenali emak dan nenek saya. Makcik itu mendekati emak dan nenek, sementara saya pula kembali berehat untuk meregangkan pinggang dan mulut saya yag berceloteh ^.^. Alhamdulillah, makcik itu terbuka menerima kata-kata saya walaupun sedikit cuma saya tahu dan kongsikan. Sekurang-kurangnya dalam ketiadaan kuliah pada malam tu, saya juga memberi peringatan untuk diri saya sendiri.

Saya bukan ustazah, yang pandai membawa hujah, dalil sebagainya.. cukuplah dengan apa yang saya tahu, saya cuba sampaikan, saya cuba amalkan, walaupun sukar sebenarnya untuk istiqamah. Namun, apa yang saya pasti, dengan tarbiyah menyapa, saya semakin sayang dengan ilmu agama, dan dengan ilmulah yang membuka mata saya bahawa Islam itu luas, tidak sempit selagi bukan kita yang menyempitkan ia.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday, June 1, 2011

RINDUKAN HATI YANG HILANG


Jemari bagai lemah untuk menutur geraknya di atas papan kekunci. Agak lembab.  Bukan kerna jarang menyentuh papan kekunci laptop ini, malah seringkali. Namun atas urusan pelajaran yang menjadi prioriti, atau sekadar ‘chatting’ di kala kebosanan melanda,  menjadi antara sebab ‘heart chamber’  menjadi  kian sepi.

“Bila nak update blog?”
“Dah nak berhenti menulis ke?”
“Nape blog tak update update?”
 Etc……

Persoalan beberapa orang pengunjung berupa ‘desakan’ ini kadangkala menolak diri ke dalam jurang tekanan. Menghitung hari untuk menjejakkan kaki ke arah taklifan ‘final year student’ itu benar-benar mendebarkan, dan tekanan masa yang menghimpit kian terasa. Namun kesibukan itu, bukanlah suatu alasan yang sebenar untuk berhenti dari mencoret di sini. Kerana siapa sahaja pun mampu beralasankan sibuk, malah siapa sahaja juga mampu mengatakan tiada masa melainkan diri berusaha bijak merancang dan menemukannya. Oleh itu, salah diri andai gagal menemukannya!

Time is what we want most, but... what we use worst.  ~Willaim Penn

Semakin diri pula mencari masa, hati saya ternyata tidak terarah untuk bersuara. Resah. Saya mula tercari-cari punca mengapa hati kian liat untuk mengarahkan  jemari untuk menari berkongsi rasa dan ilmu di sini . Kadangkala, terdetik jiwa ini untuk menulis kembali di ‘heart chamber’ kesayangan yang semakin bersawang, namun yang ada hanyalah kecewa. Jiwa terkadang amat resah, saya bagai kehilangan kata, walaupun banyak yang dirasakan mahu untuk dikongsikan.

Skrin laptop akhirnya ditutup dengan penuh rasa kekecewaan. Saat itu, hanyalah hati yang bersuara, seakan mahu menyelami jiwa sendiri.

“Masih ingat tak saat awal-awal buat TintaSuaraHati? Ia sebenarnya terbina atas dasar apa?”

Soalan berupa KBKK ini sebenarnya menguji seluruh pelusuk hati. Jauh di dasarnya sebenarnya ia tergagap-gagap seperti seorang pelajar menuturkan jawapan di dalam peperiksaan viva.

Keseluruhan jiwa ketika ini, mengintrospeksi, memuhasabah diri.

Ya, masih ingat. Ermm.. Saat ketika itu, TintaSuaraHati  terlahir dari bahasa jiwa yang merindui Tuhannya. Yang tulus berbicara atas dasar cinta dan muhasabah padaNya. Namun, yang jelasnya, pemilik hati ini bukan lagi seperti dahulu.

Kadang leka, kadang mengingatiNya…
Kadang curang pada cintaNya..
Kadang angkuh untuk istiqamah padaNya..
Apakah mampu ia mencoret kembali setelah keikhlasan pada tuturnya kini kian pudar untuk diteladani?
Sungguh, saya merindukan Layyinul Qalbie yang dahulu..

Saya terdiam, lama.. mengaitkan dengan keresahan yang dirasa. TintaSuaraHati, saya garapkan nilai kejujuran dalam bertulisan, dan kini ia kaku kehilangan bahasa kerana ‘qalbu’ yang dicemari. Sedar atau tidak, inilah barangkali punca utama, saya tidak bisa melakar coretan di sini, kerana saya rupanya kehilangan ‘hati saya yang dahulu’!


HATI SAKIT, DIUJI CINTA

‘Jiwa ini sebenarnya menginginkan untuk kembali dengan bersyaratkan bersama iman, bukanlah terus beriringan hanyut dengan bisikan nafsu’

Lembaran kotak fikiran saya buka seluasnya, merenung kembali apa yang saya baktikan pada Tuhan sedari bangkitnya dari tidur sehingga lelapnya kambali. Ucapan istighfar terlafaz, saya tahu ia makin berkurang  hari demi hari. Semakin dikejar istiqamah, semakin ia menjauh pergi. Satu-persatu saya telitikan, rupanya kerana cinta padaNya semakin kurang saya berati..

Dari satu sudut, ia mahukan untuk saya kembali bersamanya ke arah suatu fitrah yang taat dan cinta pada Yang Satu melebihi segala-galanya di muka bumi.

Berkali saya mengeluh di bahu sahabat tersayang, 
“Susahnya menjaga hati, Kin. Semakin kuat kita pinta ia pergi, makin kerap pula ia datang, apatah pula tahu, bakal disatukan”  
Saat itu juga, peringatan demi peringatan dari sahabat tercinta mengisi ruang hati.

Saya tahu, terutama apabila yang dinamakan peringatan itu datang, saya jadi sedar seketika, namun saya seolah mengingkari niat hati. Allahuakbar, saya benar-benar diuji dengan perasaan ini!

Satu persatu nasihat sahabat melintasi ruang fikiran dan diri mula mengimbas akan kata-kata seseorang, 

“Dengarlah kemahuan hati yang sebenar-benarnya. Pasti, ia sebenarnya inginkan kebaikan untuk akan datang. Kata hati akan selalunya benar, andai ia dibentuk dari acuan agama, yang asasnya dibuat dari iman dan intinya didasari rasa taqwa. Tanyalah pada diri sebenarnya, apa yang benar-benar yang diiinginkan untuk hidup ini,”

Allahu Allah, saya kian sedar, seolah mengkhianati diri sendiri, dan secara tidak langsung saya mengkhianati dan curang padaNya.

Wahai Tuhan yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu

Wahai yang membolak-balikkan hati, Kau arahkan hati ini untuk taat kepadaMu
Kau ikhlaskan hati ini terhadap sesuatu yang Kau tetapkan untukku,
 sedangkan ia sesuatu yang belum pasti dalam pandanganku.

Duhai hati, taatlah dirimu hanya kepada Penciptamu, serahkan seluruh cintamu hanya padaNya, kerana mencintainya, tiada pernah rasa dikecewakan..
Aku memohon Ya Allah, tetapkanlah…tetapkanlah hati ini..
  
PERINGATAN, BUAT HATI..

"Sebenarnya, peringatan itu datang menyinggah dan pergi. Cuma yang tinggal sama ada ia melekat atau tidak di hati" 
Namun, kali ini saya benar tekad, dengan lafaz suci, saya berazam menggenggamnya di  telapak hati, dan melangkah..
KEMBALI mencari HATI..






KEMBALI

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu

Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Lagu & Lirik: Ahmad Fathi
Nyanyian : Far East



Wednesday, March 2, 2011

HADIRKAN HATIKU DAMAI DALAM KETENTUANMU




Allah, inikah jawapan setelah apa yang Kau aturkan,
Andai ini ketentuan yang terbaik untukku,
Kau suburkanlah jiwaku dengan kedamaian,
Kau benihkan cinta kepadaMu dari umbi kepasrahan,
Kau cambahkan iman saat cintaku berguguran,
Kau mekarkan bunga-bunga cintaku hanya padaMu.

Dalam setiap langkahanku yang tersungkur,
Kau bangunkanlah dengan luka yang menyembuhkan,
Dan parutnya yang terkesan, Kau ganjarkan kebahagiaan di saat pengakhiran,
Kau titipkan rasa taqwa untuk terus bergetar berbicara,
Menundukkan segumpal kelemahan di hati yang lara..

Demi cintaku padaMu,
Kau damaikanlah,
Akan suatu ketentuan yang tertulis,
Dalam kehadiran hatiku kepadaMu.






“Tiada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana”

Monday, January 24, 2011

YES, I'M A MUSLIM, BUT NOT CONGENITALLY ISLAMIC!

PadaMu Tuhan, kusujud dan kumulakan kata dengan lafaz
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Terima kasih kerana masih mengunjungi heart chamber saya yang tak seberapa informatif ini, dan terima kasih kerana anda masih 'bertahan' membaca post-post di sini. Sungguh, anda membaca karya yang orangnya masih merangkak, bertatih, dalam pencarian dirinya, 'mencari' Penciptanya yang dia selalu merasakan sebenarnya Allah selalu hampir. Cuma kerana ilmu di dadanya masih terlalu cetek, kerana dia masih mengejar dan mengutip kurniaan ilmu demi mengenal TuhanNya. Tak lupa juga untuk mengamalkan apa yang dipelajarinya..Ameen, mudah-mudahan, dia istiqamah selalu.

Kerana apa perlunya istiqamah? Kerana saya mahu Dia menyukai saya dan selalu nampak saya, walau terkadang saya terlupa dan alpa lalu meyakitiNya. Allahu Allah, terlalu banyak kurniaanNya, tanpa Dia mengira kebaikan saya padaNya. Sungguh, Dia terlalu..terlalu Maha Pemurah segala. 

Mungkin ada tertanya,  kenapa saya menulis gaya 'second person' begini... bukan lagi genre cerpen picisan, yang saya wujudkan dan hidupkan wataknya dalam ilusi saya. Ini mungkin post terakhir saya sebelum saya ke 'Accident & Emergency' posting, yang saya tahu, saya mungkin kurang menjenguk ke heart chamber saya kelak. Lantas sebelum itu saya mahu meminta maaf, andai saya kurang mampu berkunjung ke teratak anda semua. Sekalung kemaafan dari saya, untuk semua follower/ bloggers. Tambah pula, demam yang saya alami kini, benar-benar mengganggu, dan saya tak mampu mengeluarkan 'ayat-ayat' cinta dari 'otak medic' dalam menyudahkan penceritaan cerpen saya. Doakan ya, mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa semalam saya, sebagai kaffarah atas perbuatan saya yang menyakitiNya. Alhamdulillah, Dia masih menyayangi saya, mengingatkan saya tentang panasnya bahang api neraka. Ya, kepanasan demam sebahagian dari kepanasan api neraka.

Suatu hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a dari Nabi S.A.W, bersabda yang maksudnya :
"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". -Hadith riwayat Muslim-

Dalam sebuah kitab, maaf saya terlupa (kalau tak salah, dari Prophet Medicine yang pernah saya baca), menyebutkan bahawa panas dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam dengan sebab yang tertentu agar kita mengambil iktibar daripadanya. Hari ini, Allah benar-benar mahu mengingatkan saya tentang api nerakanya. Lebih dari itu, Alhamdulillah, Allah mendatangkan demam pada saya sebagai penebus dosa-dosa yang lalu, sudah pasti menguntungkan buat saya, seorang hamba yang hina ini.



Sambil berbaring, ingatan saya terimbau pada suatu saat ketika dulu. Ketika saya tidak pernah merasai nikmat disayangiNya membelai jiwa saya, walaupun saya tahu Allah datangkan segala-galanya pada saya. Saya hanya tahu 'kewujudan Allah' di dalam solat, dan puasa saya. Pada saya, itu sudah cukup menjadikan saya seorang Muslim, asalkan saya tidak melakukan kejahatan. Saya mudah mengeluh terhadap apa yang saya tidak dapat atau atas ketiadaan sesuatu. Sikap terlalu manja ini, mungkin terlahir dari sifat saya seorang anak bongsu.

Nostalgia ini mengembalikan kenangan sewaktu saya tidak memahami erti aurat dahulu. Cukuplah bertutup kepala, itulah budaya kita, yang kadang-kadang membukanya sekali-sekala pun tak mengapa.Apabila saya kini menyarungkan tudung labuh di kepala, di hadapan cermin, saya pasti teringat saat ketika bencinya saya pada tudung labuh. Dalam keluarga terdekat saya sememangnya tiada yang bertudung labuh, sehingga dalam fikiran saya terlahir persepsi kurang senang, bahawa mereka jumud, konsevatif, terkebelakang, dan perkataan-perkataan lain yang menghampiri maksud yang sama. Betapa saya mengagungkan orang yang tidak bertudung, terutama bila menonton di kaca tv, sehingga saya merasakan apabila saya besar nanti, saya juga tak mahu bertudung!

Entah kenapa, saya cukup tidak suka orang bertudung labuh.Saya mengelak untuk memohon ke UIA, seperti disarankan oleh seorang pakcik saya, atas alasan (dalam hati) saya sebolehnya tak nak terlalu 'agamawan', terutama bertudung labuh. Betapa beratnya, mengamalkan agama untuk saya ketika itu, jika dibandingkan bercouple, menonton wayang, dsb. 

Itulah dua jalan pilihan yang diberikan ke pada manusia sebagaimana dinukilkan,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.” – Hadith riwayat. Bukhari dan Muslim.

Ya, sebagaimana dinyatakan, jalan ke syurga itu penuh dengan liku, onak duri, yakni sememangnya dijanjikan dengan kesakitan, tangisan dan bermacam-macam lagi kedukaan. Namun, dalam kebersamaan rasa duka itu, terselit sebuah ketenangan yang mendamaikan jiwa. Berbanding, jalan neraka itu pula, ia dijanjikan dengan pelbagai kesenangan duniawi yang menepati citarasa si syahwat,terlupakan akhirat, dalam hilai tawa yang mengasyikkan. Namun, bersamanya, sebenarnya tersimpan kegelisahan dan keresahan yang akan mendiami hati sang empunya diri.



Mujur, saya punyai hati yang lembut, dan Allah tidak pula mengeraskan hati saya ini.Allah menyapa saya melalui tarbiyah sehingga menusuk ke hati. Allah kurniakan di sekeliling saya, rakan yang membimbing, dan memimpin tangan saya, walau pada mula saya terasa berat untuk mengikutinya. Allahu Allah, sayangNya Dia pada saya, sehingga saya tidak mampu membayar dengan air mata kesyukuran saya. Alhamdulillah, Allah datangkan keikhlasan pada jiwa saya, atas dasar mencintaiNya. Seringkali, saya terasa malu padaNya apabila diuji. Pantaskah saya mengeluh, setelah nikmat terbesar, keimanan dan cintaNya yang diberi??

Kerana cintaNya, saya kuatkan diri untuk bangkit, untuk memutuskan hubungan percintaan monyet, sehingga benar-benar dikutuk oleh sang lelaki, yang pada suatu ketika dulu menyintai saya. Kerana cintaNya, saya berusaha segala apa yang saya lakukan adalah keranaNya ya Rab.Kerana cintaNya, saya cuba menutup sebaiknya aurat saya, walau saya ditentang pada mulanya. Ya, Allah mendatangkan rasa cinta saya yang sangat-sangat pada tudung labuh, pada seluruh syariatNya. Kerana cintaNya, saya bukan lagi ingin berjaya untuk diri saya, lantas diniatkan untuk berbakti pada ummah, dan menjadi mukmin professional di dunia dan di akhirat sana... kerana mencintaiNya, saya akan selalu terharu, dan saya mahu sentiasa dikurniaan perasaan terharu dan cinta ini hanya untukNya.

Melihatkan, dari luaran saya, ada yang mengatakan " Takpe la dia, dia dari keluarga beragama," atau "Dia dari sekolah agama," .. Ketahui saya bukan dari kedua-duanya seperti anda fikirkan.

"Yes, I'm  a Muslim, but I'm not congenitally Islamic," 
(Ya, saya seorang Muslim, tapi saya bukan Islamik sejak kecil) 

Saya disapa tarbiyah dengan kehendak Allah, kemudian saya berusaha untuk mencariNya. Saya mencari dan akan terus mencari, dengan mengenal Dia melalui ilmu tentangNya.

Sahabat tercinta yang hampir denganku, andai hidayah menyapa, janganlah bertangguh untuk berubah, kerana dikhuatiri ia tidak akan datang lagi.Aku memahamimu sahabat, kerana aku pernah berada di tempatmu..oleh itu, aku akan selalu dekat denganmu, akan selalu bersahabat denganmu, kerana aku mahu kita berpimpinan ke syurga.
  Saya sangat sukakan kata-kata Hilal Asyraf melalui novelnya, Sinergi.
 
~Hatta kalau kau terjun ke neraka, aku akan terjun bersama untuk menarik kau naik semula dan berjalan beriringan ke syurga.~ 


 Hebatnya ukhuwah yang saya kenal melalui tarbiyah ini...Subhanallah!

Pembaca sekalian, rasa syukur saya panjatkan kerana mengenali anda semua, rakan bloggers/ILI yang rata-ratanya punya ilmu agama yang sangat baik secara tidak langsung, mendidik dan mengingatkan saya, tentang Dia, Dia Yang Berkuasa dan Memiliki Segalanya. Saya pernah menangis, kerana terlalu gembira mengenali antara kalian, atas kesyukuran kerana Allah mempertemukan kita .Subhanallah, semoga persahabatan kita mendapat naungan Allah s.w.t, dan membawa kita ke syurga. Ameen..

Titipan kerinduan untuk semua, dan Salam Selembut Hatiku, 
Assalamualaikum..
~Layyinul Qalbie~






Monday, January 17, 2011

YANG TERTUTUP ITU TERINDAH


Matahari yang tadi malu untuk keluar dari persembunyiannya semakin berani menyimbah keperangan cahayanya. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Pukul 12.05 tengah hari. Sambil memerhatikan kereta lalu lalang di hadapannya, tangan kanannya memegang erat tangan si gadis kecil di sisinya.

“Ummi, ummi tak panas ke?,” keluh si gadis kecil, sambil mengipas-ngipas dengan tudungnya.

Huda hanya tersenyum, melihat wajah anak gadis kesayangannya.  Dia tidak segera menjawab. Mata anak gadis itu mengecil, disebabkan panahan silau matahari yang hangat menyimbah mukanya.

Nisa Qasrina. Itu nama puteri kesayangannya. Berusia 9 tahun, semakin bijak dengan setiap tutur katanya. Melihat ibunya bertudung labuh, berjubah dan berstoking, dalam keadaan panas terik si matahari itu menimbulkan tanda tanya padanya.

Sememang hari itu cuaca agak panas. Sengaja dia berjalan menuju ke jalan utama, menunggu suaminya, untuk menjemput mereka berdua memandang trafik yang sangat sesak di hujung minggu, memungkinkan suaminya sukar untuk menjemputnya di dalam. Memandangkan kereta yang selalu dipandunya rosak,  suaminya, Hadi menghantar Nisa dan dia ke One Utama sebelum, suaminya ke suatu tempat atas suatu urusan.

Mereka baru sahaja keluar dari pusat beli-belah One Utama,  setelah membeli kasut  dan sedikit barang keperluan untuk Nisa Qasrina. Nisa Qasrina dipimpinnya, dibawa ke suatu bangunan berbumbung hampir dengan jalan utama untuk berteduh, memandangkan kereta dipandu Hadi belum jua kelihatan. Segera mereka melabuhkan punggung, di suatu tempat duduk yang agak selesa, berhampiran jalanan.

“Ummi, ummi..tengok tu..cantik la rambut dia ummi, nanti kakak nak rambut macam dia jugak ummi,”
Dia tersenyum melihat anak gadis tunggal kesayangannya.  Leka dia memerhati, seorang perempuan Melayu berambut ikal panjang  yang berjalan melepasi hadapan mereka.
“Kakak, ummi tanya kakak soalan, ye?”
“Kakak rasa, mana panas, pakai tudung ke tak pakai tudung,?”
“Mestilah yang tak pakai tudung,”
“Sebab?”
“Sebab kalau tak pakai tudung, kena angin, pastu sejuklah,”
“Kalau takde angin?,”
“Tak sejuk,” Huda tergelak kecil mendengar jawapan gadis kecilnya.
“Jadi lebih kurang sama je lah orang pakai tudung,”. Sememangnya begitu, berada di Malaysia, yang beriklim khatulistiwa ini, tiadalah banyak bezanya. Apatah lagi, kalau tinggal di kawasan yang selalunya bermusim sejuk, ini sudah tentu bukan alasan yang tepat.
“Okey, mana best,  kalau waktu panas, kereta  ada bumbung ke takde bumbung?,”
“Ada bumbung la best , mi,”
“Sebab?,”
“sebab tak kena panas,”
“ jadi, pakai tudung lagi best lah, sebab kurang kena cahaya matahari terus kat kepala kita, kan”
“A’ah la ummi,”

Dan,sesungguhnya, kepanasan di padang mahsyar lebih mengatasi segala, wahai anakku!Desis hatinya. Akan difahamkan kepada anaknya kelak, apabila dia meningkat remaja.  Apa yang penting, dia mahu anak berumur 9 tahun itu faham, akan cantiknya syariat Allah itu.

“Semua yang berharga dan istimewa, Allah cipta Allah tutup ia dengan sempurna.  Hari tu, kita tengok National Geography kan, macam mana Allah cipta mutiara di dalam cangkerangnya, macam mana Allah cipta permata yang diselaputi tanah di permukaannya. Dan, paling senang, kakak tengok, Allah cipta banyak buah yang berkulit, di mana ia melindungi isinya.  Isi buah itu kekal kelihatan cantik, dan bersih.  Begitu juga kita, disebabkan kita cantik dan istimewa, Allah menyuruh kita menutup aurat kita,”

“Tapi..kenapa je kita kena pakai tudung, ummi? Kenapa orang lelaki tak payah?” Pertanyaan demi pertanyaan mula bermain di minda Nisa Qasrina.

“Sebab aurat kita dan orang lelaki tak sama, sayang. Sebab Allah  cipta perempuan itu terlalu istimewa, kecantikan perempuan mampu menarik pandangan lelaki, itulah sebab Allah suruh tutup, dan orang yang berhak sahaja boleh melihatnya. Macam kakak, dengan abi, dengan adik Saiful, takpe la tak tutup rambut pun, sebab mereka ahli keluarga kita.  Tapi, kalau kakak tak tutup aurat depan lelaki luar, berdosalah..“


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"..( Al-Ahzab,59 )



 “Ummi, kalau pakai tudung macam tu pun, takpe ke mi?” Nisa menunjukkan kea rah seorang wanita bertudung belit, singkat  gaya moden terkini, ranggi berseluar jeans, dan berbaju sendat yang tidak jauh dari situ.
“ Kakak sayang, dalam Al-Quran, Allah tidak suruh kita bertudung sahaja sebenarnya, kan? Allah menyuruh kita menutup aurat, menutup semuanya kecuali tapak tangan dan muka,”


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya KECUALI kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (An-Nur : 31)



"Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]


 “Maksudnya kakak, bukanlah sekadar tutup permukaan sahaja, tetapi longgar, dan tak jarang..itulah pakaian isteri nabi kita, dan itulah yang disukai Allah  dan nabi. Allah dah pun berjanji dalam Quran, siapa yang taat Allah dan rasul, pasti dapat kemenangan yang besar, ,”
“Jadi, kakak sayang Allah tak? Sayang nabi?,"
“Sayang,”
“Kalau sayang, sebab itulah kena patuh betul-betul pada setiap suruhannya,  kena berakhlak baik,  serta tinggalkan semua yang Allah tak suka, barulah dapat ganjaran istimewa dari Allah nanti.Sekarang, kakak dah faham?,”
“Dah, ummi..,”
“Alhamdulillah.. anak ummi, kan anak yang solehah,”

Huda tersenyum bahagia. Dia mahu, anaknya, bukan sahaja mengikut seperti apa yang dilakukan ibunya, yakni menutup aurat, tetapi, dia mahu anak gadisnya itu memahami erti dan hikmah syariat Allah itu. Dia tidak mahu, anaknya bertudung sekadar trend, sekadar budaya. Dia hanya mahu anaknya bertudung kerana Allah semata-mata dari kecil lagi, bukanlah sekadar ikutan budaya. Berapa ramai yang bertudung tetapi tidak memahami hakikat menutup aurat, berlandaskan syariat, lantas menjerumuskan mereka ke lembah maksiat kerana niat tidak lagi disandarkan kepada Allah.Masa yang sungguhpun singkat itu, setidak-tidaknya terisi dengan hikmah untuk anak kesayangannya.

“Pin..pinn,’

Mereka hampir tidak perasan dengan kereta Honda City, di depan mereka. Hadi, kelihatan tenang menunggu isteri dan anak perempuannya. Di sisinya, hero lincah, Saiful Islam, berdiri  melambai ummi dan kakaknya sambil terlompat-lompat.

“Assalamualaikum..maaf abi, tak perasan abi dah sampai,”Huda membuka pintu kereta dan menyapa, sambil  mereka berdua cepat meluru masuk ke dalam perut kereta.
“Waalaikummussalam.Amboi, mesyuarat pasal apa tadi, sampai tak perasan ni?,”
“Mesyuarat pasal tudung, abi. Sekarang, Nisa dah faham, kenapa abi tak payah pakai tudung…,”
Umminya tergelak kecil.
“Kenapa?,” Hadi sengaja bertanya.
“Sebab abi tak cantik, macam kami,”
Lagi, Huda dan Hadi tergelak mendengar telatah anak perempuannya. Ya, anak-anak harapan yang semakin membesar dengan diikatkan Islam di dasar hati mereka. Itulah hendaknya, yang terisi dalam bait-bait doa mereka. Supaya mereka dimengertikan Islam di hati, lalu terpancarkan akhlak seorang  soleh dan solehah dari jiwa mereka.
Dalam hatinya, Huda bermonolog sendirian…

Ya, puteriku,
Kerana engkau cantik, ibarat permata
kerana engkau indah, ibarat kejora
lalu, bertutup sempurna itulah syariatNya kepadamu,
kerana Allah sangat sayang padamu,
kerana..yang tertutup itulah yang terindah,
dan kerana seindah hiasan, wanita solehah..

Saturday, January 1, 2011

TERLALU MEMIKIRKAN BAITUL MUSLIM, MELEMBIKKAN KITA?






Jom diskusi bersama saya, di KOMUNITI ILUVISLAM mengenai TERLALU MEMIKIRKAN BAITUL MUSLIM, MELEMBIKKAN KITA?

Benarkah?
salam alayk...jujur, saya tertarik untuk membincangkan hal ini, terutama sejak membacanya di Langit Illahi:

Perkongsian: Muslimah lembik sebab fikir Baitul Muslim?
"Ada yang mengemukakan kepada saya, pandangan bahawa ada yang menyatakan yang Muslimah pada zaman ini lembik kerana hanya tahu memikirkan Baitul Muslim. Dinyatakan bahawa, mereka ini hanya tahu membincangkan Baitul Muslim, tetapi tidak tahu membincangkan perjuangan ummah. Sebab itu mereka ini lembik.

Hem. Saya tertawa juga sebenarnya bila orang kemukakan begitu kepada saya.

Lembik, sebab fikir Baitul Muslim?

Tetapi apabila saya fikir-fikir kembali, baiklah, saya dapat. Ada kebenarannya dalam pandangan itu. Tinggal, pada saya, memanah pandangan itu secara umum sedemikian rupa adalah tidak kena sebenarnya. Sebab Baitul Muslim sebenarnya adalah isu yang amat penting di dalam pembinaan Daulah Islamiyyah, dan merupakan antara wasilah terpenting dalam memastikan kelansungan tarbiyah dalam kehidupan insan."..Hilal Asyraf



baca selanjutnya di LANGIT ILAHI: klik-> Perkongsian: Muslimah lembik sebab fikir Baitul Muslim?

saya harap anda membacanya sehingga habis, sebelum anda menyimpulkan konklusi. Ini bukanlah soal gender sebenarnya yang ingin diketengahkan, ia adalah soal bagaimana anda memahami konsep baitul muslim yang sepatutnya kita fahami.
Ya, saya akui sejak akhir-akhir saya kerap terbaca/ based on perbualan di kalangan muslimah, pemikiran selalunya terhad kepada :
-pencarian jodoh secara mengikut syarak
-solat iskharah dalam pemilihan
-menjadi pasangan yang baik,
-etc
(yang ini sudah kira bagus...alhamdulillah)
tapi,
ada additional values yang kita lupa untuk fikirkan,
-bahawa BAITUL MUSLIM itu asas terbinanya Islam sebagai daulah atau institusi yang menjadikan Islam itu rujukan alam.
Individu muslim - >rumah tangga muslim(Baitul Muslim) ->masyarakat muslim -> kerajaan muslim - >khilafah islam - empayar islam - > Islam sebagai ustaziatul alam
bermakna, baitul muslim itu tidak terhad kepada gerbang perkahwinan semata-mata.. ia adalah suatu perjalanan yang menuntut kita 'mencambahkan' benih-benih Islam ke dalam masyarakat, seterusnya menjadikan Islam sebagai institusi rujukan alam.

Hal ini saya simpulkan ya, ada benarnya. tapi mungkin segelintir saja ya?. Ya, terlalu memikirkan "dalam erti kata memikirkan dengan konsep salah' menjadikan kita 'lembik' ... sekiranya kita kita terlupa perjuangan ummah yang perlu diimplementasikan, demi menegakkan Islam sebagai yang terunggul..

Apa yang ingin saya ketengahkan, segelintir kita, terlalu memikirkan soal jodoh,.. sehingga terlupa bahawa kita, syabab dan fatayat penyambung rantai perjuangan ummat.. kita terlupa bahawa tanggungjawab' menggemilangkan' Islam terletak di punduk kita, yang harus kita gemilangkan kembali 'Abbasiyah' yg lenyap, melalui ilmu, kepakaran, kepimpinan,kerohanian, etc...
Jujur, saya bukanlah orang yang pandai dalam membicarakan tentang ini... sekadar cetusan dari minda... dan apa pula kata anda?  


Thursday, December 30, 2010

YA ALLAH, AKU JATUH CINTA!



"Isya..."
 Isya memalingkan wajahnya ke arahku.
"Ya...ada apa, Ira?"
"Saja.." tuturku tergantung di situ. Malu.
" Loh...cakaplah..."
"Ira rasa Ira dah jatuh cinta pada seseorang,"
Aku lihat mata Isya sedikit terbeliak.
"Wah..biar betik, orang yang susah jatuh cinta macam Ira ni dah pandai dah ya! Siapa? Cakaplah..budak fac (fakulti) kita ke?,"
Aku menggeleng perlahan. Membiarkan Isya tertunggu jawapannya.
Ya, muka Isya kulihat penuh dengan tanda tanya. 
Pantas jemariku membuka tetingkap mozilla firefox di lappy, mencari Google image.
"Ira jatuh cinta dengan dia....," aku 'perlihatkan gambar orang tersebut kepada Isya..
Isya tergelak terbahak-bahak. 

 Aku menjeling Isya. Sampai hati..kecik hati tau!
"Pak Arab mana pulak yang kau jatuh cinta ni? Lawak la Ira ni.. Eh, Isya nak bersiap nih, karang lambat pulak nak keluar,"

"Ye la... tak percaya sudah," aku separuh berbisik.
Aku memandang raut wajah dia kembali di skrin lappy. Tenang, damai sekali.

Bagaimana aku tidak jatuh cinta andai mendengar alunan bacaannya bisa buat air mataku menitis,
Bagaimana aku tidak jatuh cinta, andai nyanyian kalamnya bisa mengubat hati resah mahupun sedih, 
Bagaimana aku tidak jatuh cinta, andai dia mampu buat aku berasakan  Quran denganku kini dekat sekali...

Pada orang lain, mungkinlah biasa.. tapi padaku tersangat luar biasa andai sekiranya halwa telinga yang agak kurang 'mencintai' alunan Kalamullah, kini berubah total dengan kehendak Allah melalui dirinya... Subhanallah!
Cuba per'hati'kan......




'Perkenalanku' dengan dia

Namanya Misyari Ar Rasyid. Sedap kan? Syeikh Misyari Rashid Al-Afasy, anak kelahiran Kuwait. 
Siapa dia? 
Dia adalah merupakan qari yang terkenal di dunia.
Tapi malangnya ... =( ..dia (beliau adalah lebih tepat untuknya) telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.huhu..
 (Memang aku tak layak untuknya, bagai angkasa lepas dengan bumi!)
Syeikh Misyari merupakan pakar dalam 10 jenis bacaan dan juga penterjemah al-Quran. Selalu muncul di media dan mempunyai minat yang mendalam dalam ilmu al-Quran. Punyai ramai peminat di dunia kerana pembacaan ayat al-Qurannya amat baik,dan menyentuh hati.Beliau mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah, Kolej al-Quran & Pengajian Islam. Beliau belajar al-Quran melalui Syeikh Ahmad Abdul Aziz Al-Zaiat, Syeikh Muhammad Sadiq Al-Minshawi, Syeikh Mustafa Ismail dan Syeikh Abdul Basit Abdul Samad. Dan beliau juga mempunyai album nasyid, yang menyebabkan anda 'cair' dengan ayat-ayat yang mengajak kepada Allah.

Sangat syahdu, membelai jiwa, yang mampu membeli jiwaku saat terasa jauh dari Tuhan.


'Pertemuan'ku dengannya merubah segalanya. kecintaanku pada Avril Lavigne, Mandy Moore (suatu ketika dulu) telah berubah, ke arah mencintainya... ya, mencintai orang-orang soleh sepertinya..., mencintai orang -orang yang berjuang di atas jalanNya, yang mencintai Allah dan Rasul... dan yang lebih penting, membawa kepada Kalamullah, bait-bait Tuhan yang bukan seharusnya sahaja dihayati keindahannya, namun untuk diamalkan sebagai cara hidup... mungkin aku terlalu lagi jauh kan, tapi..InsyaAllah, InsyaAllah pasti kucuba, kerana aku mahu berada dengan insan yang kucinta.. maksudku bukan saja 'dia' tetapi bersama-sama orang-orang soleh, para tabi'in,sahabat, dan sudah semestinya kekasih terpuji Illahi.

Sabda Rasulullah;“Apa pun yang paling kauperhatikan akan menentukan apa yang akan terjadi padamu saat kebangkitan. Di akhirat, kalian akan bersama dengan apa dan siapa pun yang kalian cintai.”

~dan aku mahu terus 'bercinta' dalam alunan AYAT-AYAT CINTA dari TUHAN... bersama 'dia' yang kucinta,

Perkongsian santai 
Selembut Hatiku, Hamba Allah yang hina.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITA SEHATi

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes